Featured Article

Saturday, January 21, 2012

Mentaliti di bulan Ramadhan


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, hari ini kurniaan idea hadir lagi dengan rahmat dari Ilahi. Syukur. Untuk kali ini aku terdetik untuk menulis berkenaan Ramadhan. Mesti yang terbaca ada yang pelik, tercongong.

“Apa kejadah budak ni tiba-tiba sembang pasal puasa plak ni? Puasa lambat lagi kot…”

Benar wahai saudaraku, Ramadan memang dijangka tiba lewat lagi. Dijangka kehadirannya ialah pada bulan Julai nanti. Tapi…biar la aku nak tulis apa pun kan? Nama pun blog sendiri. Hehe..

Dapatkah kalian melihat realiti MAJORITI umat ISLAM Malaysia ketika di bulan Ramadhan? Dengan mata yang celik itu, dapatkah kalian melihat kepincangan dan kekurangan umat ISLAM Malaysia ketika hadirnya bulan yang mulia itu? Sedarkah kita dengan tahap mentaliti masyarakat kita? Still cannot get my point?

Wahai saudaraku,
sedarkah kalian ketika seorang warga emas mengumumkan di kaca televisyen tentang ketibaan bulan Ramdahan,
selepas tamatnya pengunguman tersebut, ada yang telah memulakan mendendangkan lagu raya?
sedarkah kalian ada yang tersenyum gembira kerana apa?
kerana aidil fitri hanya sebulan sahaja lagi…

Wahai saudaraku,
sedarkah kalian ketika hari Ramadhan bermula,
apa yang ada di minda masyarakat kita ialah sahur, jangan makan sampai bila tiba masa berbuka,
terawih di surau andai rajin,
tapi bila moreh, datang balik sebab nak makan…

Wahai saudaraku,
sedarkah kalian ketika sepanjang bulan Ramadhan berjalan,
promosi hari raya Aidil Fitri itu lebih banyak dibicarakan,
berbanding dengan promosi Ramadhan
walaupun Ramadhan baru bermula seminggu???

Wahai saudaraku,
sedarkah kalian ketika Ramadha menginjak ke sepuluh hari terakhir,
surau dan masjid kian lesu dengan Jemaah berbanding 10 hari pertama,
kerana pasar raya lebih diutamakan kerana mengejar promosi jualan raya
bukan mengejar promosi lailatul qadar…

Wahai saudaraku,
sedarkah kita bahawa apabila tamatnya Ramadhan,
begitu ramai hati yang melonjak riang kerana tibanya Syawal dan berakhirnya Ramadhan
kenangan bersama Ramadhan hanyalah lapar dan dahaga
dan apa yang terluah, “Tak sabar tunggu raya tahun depan”

Lihatlah wahai saudaraku, itulah realiti masyarakat kita. Mentaliti masyarakat umat ISLAM Malaysia pada hari ini. Tidak salah andai kita bergembira dengan ketibaan Syawal, walaupun Ramadhan baru bermula semalam, namun, jangan dilupakan Ramadhan itu lebih patut diraikan, lebih patut dimeriahkan, lebih layak dipromosikan. Kerana di dalam tempoh sebulan itulah, hati kita boleh basuh, dicuci daripada dosa-dosa lama kita.

Di mana kita letakkan roh Ramadhan jika apa yang kita dapat hanyalah lapar dan dahaga?
Di mana rasanya manisnya Ramadhan jika hari dipenuhi dengan tidur sepanjang hari?
Di mana akan tersentuhnya hati jika datang ke surau hanya untuk berbuka dan moreh?



“Wahai manusia, sesungguhnya aku tengah menasihati kamu, dan bukan bererti aku terbaik di antara kamu, bukan pula orang yang paling soleh di antara kamu. Sungguh, aku pun telah banyak melampaui batas terhadap diriku. Aku tidak sanggup mengekangnya dengan sempurna, tidak pula membawanya sesuai dengan kewajiban dalam menaati Rabb-nya. Andaikata seorang muslim tidak memberi nasihat kepada saudaranya kecuali setelah dirinya menjadi orang yang sempurna, pasti tidak akan ada para pemberi nasihat. Akan menjadi sedikit jumlah orang yang mahu memberi peringatan dan tidak akan ada orang-orang yang berdakwah di jalan Allah. Tidak ada yang mengajak untuk taat kepada-Nya, tidak pula melarang dari memaksiati-Nya.” –Iman Hassan Al- Bashri

Wednesday, January 18, 2012

Benarkah rasa itu?


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Sejak aku mula belajar untuk memahami Islam semula, aku banyak menghabiskan wangku untuk membeli novel-novel Islamik yang diterbitkan oleh Telaga Biru, PTS, Galeri Ilmu dan beberapa lagi penerbit buku Islamik terkenal. Melalui novel-novel itu, aku jadikan pengajaran untuk mendidik hati ini untuk juga berubah menjadi insan yang lebih baik. Ya, tidak aku nafikan novel-novel tersebut selalu dilabel “novel jiwang” kerana mengisahkan banyak tentang percintaan. Namun aku yakin, bukan itu yang setiap penulis cuba utarakan. Hamper dalam setiap buku yang kubaca, kebanyakannya mengajar pembaca untuk menjadi seorang insan yang lebih baik, menjadi seorang Muslimin atau Muslimah yang lebih baik dari hari semalam.


Ada juga novel yang membawa tema yang berbeza dengan cinta, walau apa pun yang dipaparkan pada kulit buku. Contoh terbaik ialah Tautan Hati karya Fatimah Syarha Mohd Nordin. Sebuah buku yang sesuai untuk semua pendakwah, naqib-naqibah, atau sesiapa saja yang terlibat dengan bidang dakwah. Sebuah buku yang bertemakan dakwah dan cara menyampaikan dakwah agar hati insan yang mendengar dan melihat tertarik untuk mendekati Islam. Realiti dunia pada hari ini, ada yang ingin berdakwah, namun tersilap cara, tersilap teguran, tersilap langkah menyebabkan ada hati yang terluka dan kian menjauhi golongan pendakwah ini. Malah yang lebih teruk, makin jauh dengan agama. (Bagi sesiapa yang nak terlibat dengan dakwah, bacalah buku ini. Promote plak…)


Namun, sejak sebulan yang lalu, aku diperkenalkan dengan karya-karya seorang penulis bernama Hlovate. Sahabatku, saudari Rahimah Fitrah yang memperkenalkan dengan penulisan beliau. Subhanallah, benar katanya. Karya-karyanya memang best. Antara buku-buku Hlovate yang pernah kubaca ialah Versus, Ked’s Story, Schubert’s Serenade, dan Contengan Jalanan. Aku pernah mengisahkan tentang sinopsis Schubert’s Serenade dalam entriku sebelum ini. (Klik sini) Manakala Versus dan Contengan Jalanan adalah bertemakan dakwah, perubahan seorang insan mendekati Tuhannya kembali.


Kali ini terdetik untuk menulis berkenaan Versus. Dalam buku ini, dikisahkan tentang Ashraf Omar atau lebih dikenali sebagai AO. Seorang budak street yang hidup bebas, tanpa batasan dan bimbingan agama, tetapi tidak pernah sehingga minum arak ataupun membawa perempuan balik. Dia hidup dengan dunia dance, basketball dan skates. Melibatkan dengan dunia street menyebabkan dia sering mengabaikan solatnya. Namun dunianya berubah selepas dia mengenali Minn Edina, seorang gadis yang solehah di matanya. Yang dahulunya juga seorang budak street. AO belajar untuk mendekati Ilahi pada awalnya kerana Minn tetapi sepanjang perjalanan hijrahnya, dia mengubah niatnya. Berubah kerana Allah.


Step by step with the help of his cousin, he managed to be a better person, he thought he is. But when he was in Australia, finishing his studies (twinning program), he realised that he was…NOT. Alhamdulillah, there he met few peoples who helped him, to guide him. As a result, the AO known as the king of his clan back when he was in his street’s life has changed 360. And he tried to show to his love, Min that he can be a better person. So, he invited Min to go to an event held by the OZ-NZ students. Then, Min realised that the person she love (of course AO) was never the same person anymore. Not the same kid she knew few months ago. He even changed more than before he left for Australia.


Selepas pulang daripada program itu, Min terus putus hubungan dengan AO, meninggalkan AO dengan seribu persoalan apa yang terjadi. No calls, no messages. Semuanya tidak dilayan. Semuanya kerana satu alasan, “Aku tak layak untuk kau.”


Jadi, selepas panjang celoteh di atas (intro je tu), apa pandangan kalian? Letakkan diri sendiri dalam posisi Min. Tidak layakkah kita untuk bersama dengan orang yang mencintai kita, walaupun kita merasakan diri kita tidak cukup baik untuknya? Salahkan AO menyintai Min, memilih Min untuk dijadikan calon zaujahnya? Kita selalu berdoa untuk dijodohkan dengan insan yang baik, agar masing-masing akan bahu-membahu dalam menuju cintaNya. Andai si lelaki/suami tersilap, kehadiran si wanita/isteri memberi teguran, agar cinta mereka dirahmati Ilahi. Agar dengan naungan cinta Ilahi, cinta mereka kekal hingga ke syurga.


Tetapi salahkah jika seseorang yang anda rasa lebih baik daripada diri anda, hadir menyampaikan hasrat hatinya? Salahkah jika dia hadir untuk menjadikan kamu pasangan hidupnya menuju syurga? Adakah benar kata hati kamu “Saya tak cukup baik untuk awak. Pilihlah orang yang lebih baik dari saya. Saya bukan seperti mereka, saya tak cukup baik untuk jadi pasangan awak.” Adakah betul tindakan dan perasaan kamu itu?



Jika kita dikatakan tidak cukup baik oleh orang lain
biarlah apa yang orang kata
bukan mereka yang menentukan diri kita
tetapi kita sendiri


Jika kita menyatakan diri kita tidak cukup baik
baguslah, kerana itulah iman
Benih iman yang ada di dalam hati
kerana kita sedar kita hanyalah manusia biasa
yang penuh dengan dosa


Marilah saudara saudari
kita perbaiki diri kita
kita bantu membantu sesama kita
mendekati kembali kepada pemberi cinta
kembali mengenaliNya
kembali berusaha menyintaiNya


Benar kita akan tersungkur kembali,
tetapi itulah dunia seorang manusia
iman yang ada naik turunnya



Aku menyintaimu kerana agama yang ada dalam hatimu. Andai hilang agamamu, maka hilanglah cintaku kepadamu.

Tuesday, January 17, 2012

My WiSh LiSt


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah hari ini genap 22 tahun kudiberikan nikmat kehidupan untuk terus bernafas dengan kasih sayangNya. 22 tahun. Satu tempoh masa yang lama jika dinanti, namun setelah ia berlalu, segalanya seperti hari semalam. Aku masih mampu mengingati hari-hari ketika di sekolah rendah, berkejaran bersama rakan selepas tamat sekolah sementara menanti ketika ibu atau bapaku untuk membawaku pulang. Atau kenangan semasa ke Langkawi selepas hari raya beberapa tahun yang lalu, menaiki kereta kabel di Gunung Mat Chincang dengan pemandangan yang subhanallah, breath-taking.

Ataupun ketika tertidur selepas berbuka puasa di blik (nasib baik dah solat Maghrib dulu) semasa menuntut di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Boleh juga aku kisahkan pengalaman hari pertama mendaftar sebagai pelajar jurusan Sistem Perisian di Universiti Malaysia Pahang. Semua itu telah kutempuhi selama 22 tahun ini.

Semalam mendapat tazkirah berkenaan umur oleh sahabatku selepas ucapan hari lahir. Berkenaan umur. Dalam tazkirahnya menyatakan kejayaan-kejayaan yang dicapai ketika umur tertentu. Rasulullah pernah bersabda, ..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad). Tahukah kalian siapakah sebaik-baik raja tersebut? Itulah dia Sultan Muhammad Al-Fateh. Seorang yang hanya berumur 21 tahun telah berjaya memimpin pasukan tenteranya menewaskan pihak musuh dan menakluki Constantinople, Allahuakbar. Ya, 21 TAHUN. sahabatku juga menyebut tentang Salahudin Al-Ayubi, panglima perang yang berjaya menakluki kembali Jurusalem (Palestin). Beliau menjadi penglima perang ketika berusia 20 tahun dan menewaskan tentera Salib ketika berusia 23 tahun. Hebatnya mereka ini.

Aku menulis tentang mereka bukan sekadar untuk membandingkan diri, tetapi juga untuk menyedarkan diri sendiri. Begitu besar sumbangan mereka pada Islam. Demi ISLAM, segalanya dilakukan. Dengan IMAN yang memandu mereka, kejayaan yang luar biasa dicapai. Namun tatkala aku melihat cermin dan merenung pantulan diri sendiri, apa yang telah aku lakukan. Apa yang telah aku sumbangkan pada agamaku selama 22 tahun aku hidup ini? NOTHING

Aku hidup sebagai Muslim di taraf biasa. Memperkenalkan diri sebagai seorang lelaki yang lahir di hujung zaman, yang mudah tewas dengan godaan dunia, yang masih lemah melawan arus perubahan dunia masa kini. Ketika mendapat tazkirah itu, terasa pipiku ditampar kuat. Ditampar sekuat mungkin dengan realiti. Aku bukan Muhammad Al-Fateh ataupun Salahudin Al-Ayubi. Aku hanya Muhamad Solihin Hashim, seorang remaja yang menginjak dewasa (tetapi perangai masih macam budak-budak. Kanak-kanak riang la katakan). Aku hanya insan biasa, yang sering terleka dengan dunia. Hari ini baik, esok hari jahat. Lusa kembali baik, tulat mula buat jahat semula.

Terukkan hambaMu seorang ini?
Yang jarang sekali mensyukuri nikmat-nikmatMu
Andai Kau serahkan segalanya kepadaku walau 1/100000 saat sekalipun
nescaya aku tersungkur menyembah tanah
Kerana aku tahu,
Aku hanya seorang hamba, hambaMu yang lemah

Aku lemah ya Tuhanku, selemah-lemahnya
KepadaMu aku memohon kekuatan
Tunjukkan aku jalan ketenangan
Ketenangan dan kegembiraan dengan cintaMu
Ketenangan dan kegembiraan bersama insan yang juga mencintaiMu

But then again, I want to be better. Better person than I was in my past. “Whatever happened in the past, it was your history. Now you have changed, to be a better person. Stay” Those are the words from pH, to keep me motivated to be better each passing day. I want to be better. To be showered in His love.

Jadi dengan ini, aku ingin mengumumkan permohonan sempena hari ulang lahirku.

1. Untuk menjadi hambaNya yang lebih baik.
2. Untuk mendapat keputusan PSM 2 yang baik
3. Untuk … (biarlah hanya yang tertentu sahaja mengetahui)

Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampunimu) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan kerana kejahilannya, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. – Surah An-Nahl 16: ayat 119.

Sunday, January 8, 2012

Always better than me, damn...hehe

Sumber: Google Image

Kepada insan-insan yang tidak jemu berkunjung ke blog ini, assalamualaikum dan salam sejahtera kudahulukan dan terima kasih dilafazkan. Apa khabar anda semua? Moga semua sihat-sihat sejahtera, insyaAllah. Bagi yang sakit, moga cepat sembuh. Bagaimana raanya menjejak ke tahun baru? Bersemangat baru? Alhamdulillah, moga terus bersemangat dengan azam baru hingga tercapai. Moga Allah permudahkan urusan kita semua, amin.

Dengan menjejak langkah ke tahun baru 2012 ini, aku diperkenalkan dengan seorang penulis yang bagiku penulisannya sangat berbeza dengan penulis-penulis novel yang selalu kubaca. Mengisahkan kehidupan realiti dengan masih membawa ciri Islamik. Hlovate. Mungkin ada yang memang meminati karya-karyanya, mungkin ada yang tidak pernah mendengar nama tersebut (tunjuk diri sendiri). Aku berkenalan dengan karya-karya Hlovate setelah diperkenalkan oleh sahabatku, Cik Fitrah.

Alhamdulillah, aku telah membaca tiga karya Hlovate: Versus, Ked’s Story dan Schubert’s Serenade. Versus dan Ked’s Story berkaitan dengan remaja yang terlibat dengan street life (breakdance, skates, basketball) manakala Schubert’s Serenade berkaitan dengan muzik. Takjubnya, walaupun baru berkenalan dengan kisah-kisah tersebut, namun umpama hati ini umpama jatuh cinta. Selepas membaca Versus dan Ked’s Story, terasa diri ini ingin menyertai street geng. Bukan dengan kehidupan mereka, tetapi dengan apa yang mereka mampukan, dengan tricks dalam skates atau inline skates, breakdance moves, dan macam-macam lagi. Tetapi bukan itu yang ingin kukisahkan kali ini.

Sebaliknya berkenaan Schubert’s Serenade. Kisah yang menceritakan seorang remaja perempuan, Najwa yang mempunyai seorang abang angkat, Shah (anak ayah tirinya) yang pada awalnya umpama musuh (kerana selisih faham atas insiden yang menimpa Najwa). Namun, akhirnya mereka berbaik dan menjadi sangat rapat. Shah adalah pelajar dalam bidang kejuruteraan tetapi meminati dan sangat berbakat dalam muzik. Kelebihan selain cemerlang akademik, Shah juga berbakat dalam bermain piano manakala Najwa pula dengan violinnya. Dan lagu kegemaran yang sering diduetkan mereka ialah Schubert’s Serenade (lagu kegemaran Shah). Setelah Najwa begitu rapat dengan Shah, Shah tiba-tiba pergi meninggalkan Najwa kerana terkorban dalam satu kemalangan jalan raya. Sejak itu, hidup Najwa tidak lagi sama kerana dia hilang abang yang sangat baik padanya. Menyebabkan dia terus meninggalkan dunia muziknya. Dia berhenti terus daripada menyentuh violinnya kerana setiap kali terdengar irama-irama violin atau piano, air mata terus menitis tanpa henti.

Konklusi di sini, setiap kita pasti ada adik beradik yang pasti menyakitkan hati kita (anak tunggal maaf la ye?). Saya ada dua orang adik di bawah saya, seorang lelaki dan seorang perempuan. Dulu, ketika di bangku sekolah, aku dan adik lelakiku selalu tak sekepala (baik dengan adik perempuan). Pasti ada sahaja yang menjadi punca pergaduhan kami. Pantang bertemu mata, pasti bertengkar. Namun, Alhamdulillah kini dah baik (walaupun kadang-kadang gaduh gak.hehe). aku masih ingat lagi satu ketika dahulu, kami pernah bertengkar teruk, dan dia pernah membaling patung Pokemon (dulu gila Pokemon, selalu beli) ke mataku. Nasib baik tak buta. Ganas kan?

Walaupun demikian, dia tetap adik aku. My flesh and blood. As much as I may hated him back then, there are still things that I was jealous of him. SEBAB DIA LEBIH HEBAT DARIPADAKU DALAM BOLA SEPAK (Really hate that fact even until now). Jika aku digelar “the best midfielder” di kawasan perumahanku (bajet gler sedangkan poyo je lebih), then my brother is the best defender (true fact). Tiada siapa yang mampu lepas banteng pertahanan bila one-on-one dengan dia. Rarely anyone can get pass him without hard effort. Jadi, kami selalu bersaing untuk siapa yang lebih hebat and the result is..I ALWAYS LOSE. Jadi sejak dari tu, aku selalu latih diriku untuk boleh menggunakan kedua belah kaki untuk bermain bola (the only kid who can shot and control ball with both leg back then at home) supaya aku lebih hebat dari dia tetapi macam sia-sia je.

Jadi masa baca Schubert’s Serenade, teringat pada kedua adikku. I may not be a very good brother to both of you, but still I loved you both (kalau nak cakap depan dorang, memang takde harapan la. So, tulis kat sini sudah).

*Pasal adik perempuan tu tak yah tulis la sebab aku ngan dia memang baik pun. Cuma kadang-kadang tu jadi garang sikit. Sampai nangis budak kecik tu..Sory ye Deng.

Powered by Blogger.

Popular Posts