Wednesday, January 18, 2012

Benarkah rasa itu?


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Sejak aku mula belajar untuk memahami Islam semula, aku banyak menghabiskan wangku untuk membeli novel-novel Islamik yang diterbitkan oleh Telaga Biru, PTS, Galeri Ilmu dan beberapa lagi penerbit buku Islamik terkenal. Melalui novel-novel itu, aku jadikan pengajaran untuk mendidik hati ini untuk juga berubah menjadi insan yang lebih baik. Ya, tidak aku nafikan novel-novel tersebut selalu dilabel “novel jiwang” kerana mengisahkan banyak tentang percintaan. Namun aku yakin, bukan itu yang setiap penulis cuba utarakan. Hamper dalam setiap buku yang kubaca, kebanyakannya mengajar pembaca untuk menjadi seorang insan yang lebih baik, menjadi seorang Muslimin atau Muslimah yang lebih baik dari hari semalam.


Ada juga novel yang membawa tema yang berbeza dengan cinta, walau apa pun yang dipaparkan pada kulit buku. Contoh terbaik ialah Tautan Hati karya Fatimah Syarha Mohd Nordin. Sebuah buku yang sesuai untuk semua pendakwah, naqib-naqibah, atau sesiapa saja yang terlibat dengan bidang dakwah. Sebuah buku yang bertemakan dakwah dan cara menyampaikan dakwah agar hati insan yang mendengar dan melihat tertarik untuk mendekati Islam. Realiti dunia pada hari ini, ada yang ingin berdakwah, namun tersilap cara, tersilap teguran, tersilap langkah menyebabkan ada hati yang terluka dan kian menjauhi golongan pendakwah ini. Malah yang lebih teruk, makin jauh dengan agama. (Bagi sesiapa yang nak terlibat dengan dakwah, bacalah buku ini. Promote plak…)


Namun, sejak sebulan yang lalu, aku diperkenalkan dengan karya-karya seorang penulis bernama Hlovate. Sahabatku, saudari Rahimah Fitrah yang memperkenalkan dengan penulisan beliau. Subhanallah, benar katanya. Karya-karyanya memang best. Antara buku-buku Hlovate yang pernah kubaca ialah Versus, Ked’s Story, Schubert’s Serenade, dan Contengan Jalanan. Aku pernah mengisahkan tentang sinopsis Schubert’s Serenade dalam entriku sebelum ini. (Klik sini) Manakala Versus dan Contengan Jalanan adalah bertemakan dakwah, perubahan seorang insan mendekati Tuhannya kembali.


Kali ini terdetik untuk menulis berkenaan Versus. Dalam buku ini, dikisahkan tentang Ashraf Omar atau lebih dikenali sebagai AO. Seorang budak street yang hidup bebas, tanpa batasan dan bimbingan agama, tetapi tidak pernah sehingga minum arak ataupun membawa perempuan balik. Dia hidup dengan dunia dance, basketball dan skates. Melibatkan dengan dunia street menyebabkan dia sering mengabaikan solatnya. Namun dunianya berubah selepas dia mengenali Minn Edina, seorang gadis yang solehah di matanya. Yang dahulunya juga seorang budak street. AO belajar untuk mendekati Ilahi pada awalnya kerana Minn tetapi sepanjang perjalanan hijrahnya, dia mengubah niatnya. Berubah kerana Allah.


Step by step with the help of his cousin, he managed to be a better person, he thought he is. But when he was in Australia, finishing his studies (twinning program), he realised that he was…NOT. Alhamdulillah, there he met few peoples who helped him, to guide him. As a result, the AO known as the king of his clan back when he was in his street’s life has changed 360. And he tried to show to his love, Min that he can be a better person. So, he invited Min to go to an event held by the OZ-NZ students. Then, Min realised that the person she love (of course AO) was never the same person anymore. Not the same kid she knew few months ago. He even changed more than before he left for Australia.


Selepas pulang daripada program itu, Min terus putus hubungan dengan AO, meninggalkan AO dengan seribu persoalan apa yang terjadi. No calls, no messages. Semuanya tidak dilayan. Semuanya kerana satu alasan, “Aku tak layak untuk kau.”


Jadi, selepas panjang celoteh di atas (intro je tu), apa pandangan kalian? Letakkan diri sendiri dalam posisi Min. Tidak layakkah kita untuk bersama dengan orang yang mencintai kita, walaupun kita merasakan diri kita tidak cukup baik untuknya? Salahkan AO menyintai Min, memilih Min untuk dijadikan calon zaujahnya? Kita selalu berdoa untuk dijodohkan dengan insan yang baik, agar masing-masing akan bahu-membahu dalam menuju cintaNya. Andai si lelaki/suami tersilap, kehadiran si wanita/isteri memberi teguran, agar cinta mereka dirahmati Ilahi. Agar dengan naungan cinta Ilahi, cinta mereka kekal hingga ke syurga.


Tetapi salahkah jika seseorang yang anda rasa lebih baik daripada diri anda, hadir menyampaikan hasrat hatinya? Salahkah jika dia hadir untuk menjadikan kamu pasangan hidupnya menuju syurga? Adakah benar kata hati kamu “Saya tak cukup baik untuk awak. Pilihlah orang yang lebih baik dari saya. Saya bukan seperti mereka, saya tak cukup baik untuk jadi pasangan awak.” Adakah betul tindakan dan perasaan kamu itu?



Jika kita dikatakan tidak cukup baik oleh orang lain
biarlah apa yang orang kata
bukan mereka yang menentukan diri kita
tetapi kita sendiri


Jika kita menyatakan diri kita tidak cukup baik
baguslah, kerana itulah iman
Benih iman yang ada di dalam hati
kerana kita sedar kita hanyalah manusia biasa
yang penuh dengan dosa


Marilah saudara saudari
kita perbaiki diri kita
kita bantu membantu sesama kita
mendekati kembali kepada pemberi cinta
kembali mengenaliNya
kembali berusaha menyintaiNya


Benar kita akan tersungkur kembali,
tetapi itulah dunia seorang manusia
iman yang ada naik turunnya



Aku menyintaimu kerana agama yang ada dalam hatimu. Andai hilang agamamu, maka hilanglah cintaku kepadamu.

0 comments: