Saturday, January 21, 2012

Mentaliti di bulan Ramadhan


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, hari ini kurniaan idea hadir lagi dengan rahmat dari Ilahi. Syukur. Untuk kali ini aku terdetik untuk menulis berkenaan Ramadhan. Mesti yang terbaca ada yang pelik, tercongong.

“Apa kejadah budak ni tiba-tiba sembang pasal puasa plak ni? Puasa lambat lagi kot…”

Benar wahai saudaraku, Ramadan memang dijangka tiba lewat lagi. Dijangka kehadirannya ialah pada bulan Julai nanti. Tapi…biar la aku nak tulis apa pun kan? Nama pun blog sendiri. Hehe..

Dapatkah kalian melihat realiti MAJORITI umat ISLAM Malaysia ketika di bulan Ramadhan? Dengan mata yang celik itu, dapatkah kalian melihat kepincangan dan kekurangan umat ISLAM Malaysia ketika hadirnya bulan yang mulia itu? Sedarkah kita dengan tahap mentaliti masyarakat kita? Still cannot get my point?

Wahai saudaraku,
sedarkah kalian ketika seorang warga emas mengumumkan di kaca televisyen tentang ketibaan bulan Ramdahan,
selepas tamatnya pengunguman tersebut, ada yang telah memulakan mendendangkan lagu raya?
sedarkah kalian ada yang tersenyum gembira kerana apa?
kerana aidil fitri hanya sebulan sahaja lagi…

Wahai saudaraku,
sedarkah kalian ketika hari Ramadhan bermula,
apa yang ada di minda masyarakat kita ialah sahur, jangan makan sampai bila tiba masa berbuka,
terawih di surau andai rajin,
tapi bila moreh, datang balik sebab nak makan…

Wahai saudaraku,
sedarkah kalian ketika sepanjang bulan Ramadhan berjalan,
promosi hari raya Aidil Fitri itu lebih banyak dibicarakan,
berbanding dengan promosi Ramadhan
walaupun Ramadhan baru bermula seminggu???

Wahai saudaraku,
sedarkah kalian ketika Ramadha menginjak ke sepuluh hari terakhir,
surau dan masjid kian lesu dengan Jemaah berbanding 10 hari pertama,
kerana pasar raya lebih diutamakan kerana mengejar promosi jualan raya
bukan mengejar promosi lailatul qadar…

Wahai saudaraku,
sedarkah kita bahawa apabila tamatnya Ramadhan,
begitu ramai hati yang melonjak riang kerana tibanya Syawal dan berakhirnya Ramadhan
kenangan bersama Ramadhan hanyalah lapar dan dahaga
dan apa yang terluah, “Tak sabar tunggu raya tahun depan”

Lihatlah wahai saudaraku, itulah realiti masyarakat kita. Mentaliti masyarakat umat ISLAM Malaysia pada hari ini. Tidak salah andai kita bergembira dengan ketibaan Syawal, walaupun Ramadhan baru bermula semalam, namun, jangan dilupakan Ramadhan itu lebih patut diraikan, lebih patut dimeriahkan, lebih layak dipromosikan. Kerana di dalam tempoh sebulan itulah, hati kita boleh basuh, dicuci daripada dosa-dosa lama kita.

Di mana kita letakkan roh Ramadhan jika apa yang kita dapat hanyalah lapar dan dahaga?
Di mana rasanya manisnya Ramadhan jika hari dipenuhi dengan tidur sepanjang hari?
Di mana akan tersentuhnya hati jika datang ke surau hanya untuk berbuka dan moreh?



“Wahai manusia, sesungguhnya aku tengah menasihati kamu, dan bukan bererti aku terbaik di antara kamu, bukan pula orang yang paling soleh di antara kamu. Sungguh, aku pun telah banyak melampaui batas terhadap diriku. Aku tidak sanggup mengekangnya dengan sempurna, tidak pula membawanya sesuai dengan kewajiban dalam menaati Rabb-nya. Andaikata seorang muslim tidak memberi nasihat kepada saudaranya kecuali setelah dirinya menjadi orang yang sempurna, pasti tidak akan ada para pemberi nasihat. Akan menjadi sedikit jumlah orang yang mahu memberi peringatan dan tidak akan ada orang-orang yang berdakwah di jalan Allah. Tidak ada yang mengajak untuk taat kepada-Nya, tidak pula melarang dari memaksiati-Nya.” –Iman Hassan Al- Bashri

0 comments: