Featured Article
Latest Post

Saturday, February 18, 2012

Nilainya ialah SYURGA, syaratnya ialah IKHLAS


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah, kini telah seminggu aku menjalani kehidupan “bekerja”. Latihan industry di Propel Network ini, aku diberikan tugas sampingan sebagai programmer sampingan (duduk pejabat je..) manakala sahabatku lagi 4 orang yang juga menjalani praktikal di sini di tempatkan dalam bahagian outstation yang memerlukan mereka untuk turun ke lokasi. But then again, I am still thankful cause I don’t have to face the bloody traffic jam and making me curse along the roadway.(jahatnya aku..huhu)


Sepanjang seminggu ini, tak banyak yang aku lakukan selain mengadap laptop dan membuat coding yang ditugaskan. Dan dengan kelemahan utamaku yang allergic coding aku ditugaskan untuk mempelajari ASP.Net. Dugaan bermula pada hari kedua praktikal..haha.. InsyaAllah, dalam tempoh 6 bulan ini pasti lebih banyak yang aku mampu pelajari.


Pagi ini aku membaca sebuah cerpen yang sangat sweet (dah tak terkira baca brape kali sampai dah hafal part yang sweet tu..) Apa yang menarik hati ini ialah pesanan yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W kepada Saidina Ali berkenaan.

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yang haram.

3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


kredit: http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/cinta-sampai-syurga/#ixzz1mhXcLIpQ


Bila terbaca pesanan Rasulullah itu, hati ini terasa sebak sebab..aku tak termasuk dalam walau satu pun golongan tersebut. Aku bukan insan yang jujur, aku bukan insan yang bertakwa apatah lagi ahli ibadah mahupun ‘alim. Hinanya aku..huhu


Andai perjuangan itu mudah, pasti penuh yang datang mengisi nama.
Andai perjuangan itu menjanjikan harta dan pangkat, nescaya berduyun-duyun insan yang menyertainya.
Malangnya, perjuangan itu sukar, kerana itu hanya yang sudi bermujahadah sahaja menyertainya.
Malangnya perjuangan itu tidak menjamin apa-apa yang bernilai dunia, kerana nilainya hanya satu dengan syarat yang satu.
Nilainya ialah SYURGA dan syaratnya ialah IKHLAS.


Aku tahu aku hina, aku tahu aku lemah. Dengan dugaan baru ini, hanya padaMu kuberdoa. Iringin langkahku dengan keampunan dan kekuatan dariMu, dan iringin langkah mereka dengan hidayah dan kasih sayangMu.

Saturday, February 11, 2012

Carta Hati


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, kini aku kembali menconteng dinding blogku yang lama sunyi ini. Maklumlah, kini aku tinggal di tempat baru. Shah Alam. Kerana aku bakal menjalani latihan industriku di sini untuk 6 bulan yang akan datang. Moga pengalaman 6 bulan yang akan datang (terutamanya dugaan sama ada besar atau kecil) aku akan diberikan kekuatan dan senyuman untuk menghadapinya, insyaAllah.

Berada di tempat yang baru, membuatkan sesiapa sahaja akan merasa takut, gementar atau ikut bahasa remaja kini cuak untuk meninggalkan kehidupan yang biasa untuk sesuatu yang semestinya sangat-sangat berbeza dengan kebiasaan kita. Termasuklah diri ini. Hari pertama aku berpindah ke Shah Alam ini, hatiku rasa tak tenang langsung. Biasalah kan? Kanak-kanak riang di tempat yang baru, sorang-sorang plak tu. Aish..nasib baik tak sampai nangis (gler menggedik.haha)

Apabila duduk bersendirian ni (padahal housemate ada 5 orang..haha), kita akan sering teringat masa lampau. Dan aku terkenang perbualan dengan ex rumateku yang membincangkan tentang suatu lagu, “Di sini menati di sana menunggu” kerana ketika itu dia menghadapi situasi seperti lagu tersebut. Soalan-soalannya juga seiring dengan persoalan “apa yang awak sanggup buat untuk saya?”. Kalau dalam lagu yang pernah kedengaran “lautan api sanggup kuredah, bintang-bintang sanggup kupetik menjadi hantaran (ape kes kanak2 riang pandai ayat2 jiwang ni???hahaha)”.

Itu adalah contoh ayat-ayat cinta yang kedengaran dari bibir orang-orang yang bercinta. Kebiasaannya. Hiperbola dan sungguh manis bicara, menjanjikan janji-janji manis kepada pujaan hati. (poyo gler). Tetapi pada mataku tidaklah manis kata-kata tersebut sebaliknya penipuaan dan pendustaan yang sangat nyata.
Apahal kau sanggup rentas lautan api padahal berkawat tengah-tengah panas dah menyumpah seranah dalam hati?
Apa kes kau nak petik bintang di langit nak jadikan hantaran sedangkan rambutan pun guna galah nak ambik?

Lelaki,
Jangan kau taburkan janji-janji dusta kedpada kaum Hawa
Janji-janji yang bersifat dunia yang tak mampu kau tunaikan
Jangan kau janjikan bintang di langit sebagai hantaran
Ataupun RM 17.4 juta sebagai mahar

Jujur saya jawab soalan awak
saya TAKKAN berenang lautan api untuk awak
sebab sayalah insan yang paling awal merungut bila kena kawat tengah panas
saya TAKKAN petik bintang di langit untuk dijadikan hantaran
sebab bintang yang paling hampir pun ialah matahari

Saya memang tak mampu berikan awak harta kekayaan
sebab saya bukan seorang billionaire
saya juga tak mampu berkorban segalanya untuk awak
sebab bukan awak No 1 dalam carta hati saya (tapi masih dalam Most Important list dalam hidup saya)

Cuma satu matlamat saya
mencari cinta dalam perkahwinan
mencari barakah dan rahmah dalam hubungan perkahwinan kita
dan doa saya agar ia menjadi matlamat awak juga…

Aku tak sempurna.
Kau pun tak sempurna.
Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita.


kredit: http://akuislam.com/blog/renungan/tak-sempurna/#ixzz1m2PLngpI

Saturday, January 21, 2012

Mentaliti di bulan Ramadhan


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, hari ini kurniaan idea hadir lagi dengan rahmat dari Ilahi. Syukur. Untuk kali ini aku terdetik untuk menulis berkenaan Ramadhan. Mesti yang terbaca ada yang pelik, tercongong.

“Apa kejadah budak ni tiba-tiba sembang pasal puasa plak ni? Puasa lambat lagi kot…”

Benar wahai saudaraku, Ramadan memang dijangka tiba lewat lagi. Dijangka kehadirannya ialah pada bulan Julai nanti. Tapi…biar la aku nak tulis apa pun kan? Nama pun blog sendiri. Hehe..

Dapatkah kalian melihat realiti MAJORITI umat ISLAM Malaysia ketika di bulan Ramadhan? Dengan mata yang celik itu, dapatkah kalian melihat kepincangan dan kekurangan umat ISLAM Malaysia ketika hadirnya bulan yang mulia itu? Sedarkah kita dengan tahap mentaliti masyarakat kita? Still cannot get my point?

Wahai saudaraku,
sedarkah kalian ketika seorang warga emas mengumumkan di kaca televisyen tentang ketibaan bulan Ramdahan,
selepas tamatnya pengunguman tersebut, ada yang telah memulakan mendendangkan lagu raya?
sedarkah kalian ada yang tersenyum gembira kerana apa?
kerana aidil fitri hanya sebulan sahaja lagi…

Wahai saudaraku,
sedarkah kalian ketika hari Ramadhan bermula,
apa yang ada di minda masyarakat kita ialah sahur, jangan makan sampai bila tiba masa berbuka,
terawih di surau andai rajin,
tapi bila moreh, datang balik sebab nak makan…

Wahai saudaraku,
sedarkah kalian ketika sepanjang bulan Ramadhan berjalan,
promosi hari raya Aidil Fitri itu lebih banyak dibicarakan,
berbanding dengan promosi Ramadhan
walaupun Ramadhan baru bermula seminggu???

Wahai saudaraku,
sedarkah kalian ketika Ramadha menginjak ke sepuluh hari terakhir,
surau dan masjid kian lesu dengan Jemaah berbanding 10 hari pertama,
kerana pasar raya lebih diutamakan kerana mengejar promosi jualan raya
bukan mengejar promosi lailatul qadar…

Wahai saudaraku,
sedarkah kita bahawa apabila tamatnya Ramadhan,
begitu ramai hati yang melonjak riang kerana tibanya Syawal dan berakhirnya Ramadhan
kenangan bersama Ramadhan hanyalah lapar dan dahaga
dan apa yang terluah, “Tak sabar tunggu raya tahun depan”

Lihatlah wahai saudaraku, itulah realiti masyarakat kita. Mentaliti masyarakat umat ISLAM Malaysia pada hari ini. Tidak salah andai kita bergembira dengan ketibaan Syawal, walaupun Ramadhan baru bermula semalam, namun, jangan dilupakan Ramadhan itu lebih patut diraikan, lebih patut dimeriahkan, lebih layak dipromosikan. Kerana di dalam tempoh sebulan itulah, hati kita boleh basuh, dicuci daripada dosa-dosa lama kita.

Di mana kita letakkan roh Ramadhan jika apa yang kita dapat hanyalah lapar dan dahaga?
Di mana rasanya manisnya Ramadhan jika hari dipenuhi dengan tidur sepanjang hari?
Di mana akan tersentuhnya hati jika datang ke surau hanya untuk berbuka dan moreh?



“Wahai manusia, sesungguhnya aku tengah menasihati kamu, dan bukan bererti aku terbaik di antara kamu, bukan pula orang yang paling soleh di antara kamu. Sungguh, aku pun telah banyak melampaui batas terhadap diriku. Aku tidak sanggup mengekangnya dengan sempurna, tidak pula membawanya sesuai dengan kewajiban dalam menaati Rabb-nya. Andaikata seorang muslim tidak memberi nasihat kepada saudaranya kecuali setelah dirinya menjadi orang yang sempurna, pasti tidak akan ada para pemberi nasihat. Akan menjadi sedikit jumlah orang yang mahu memberi peringatan dan tidak akan ada orang-orang yang berdakwah di jalan Allah. Tidak ada yang mengajak untuk taat kepada-Nya, tidak pula melarang dari memaksiati-Nya.” –Iman Hassan Al- Bashri

Powered by Blogger.

Popular Posts