Sunday, April 18, 2010

susahnya menjadi kancil


Gambar dari saifulislam.com

Salam sejahtera ke atas dirimu wahai bakal-bakal jenazah sekalian
Mungkin ada di kalangan kamu yang tidak mengerti apa kaitan dengan tajuk paparan blogku kali ini.Mungkin dengan ungkapan di bawah anda semua dapat memahaminya dengan lebih baik

"Gajah sama gajah berperang,kancil mati tersepit di tengah-tengah"

Itulah situasi aku sekarang.Lagipun aku bukannya pandai sangat macam kisah-kisah yang dilakonkan oleh Sang Kancil dalam telenovela yang diceritakan dari kecil.Aku sendiri tidak mahu tersepit di tengah-tengah.Kalau boleh aku tidak mahu terlibat dalam peperangan gajah ini,tetapi apakan daya.Sudah menjadi adat orang "kurus" macam aku tersepit di antara dua orang "besar".Aku tidak mengerti permainan apa yang sedang dimainkan,mengapa ia dimainkan dan apa faedah dan kebaikan yang didapatkan.Sedangkan tidak nampakkah kesan-kesan yang timbul?Tidak nampakkah kesan pada orang lain?Mengapa ia harus berlaku?Dan mengapa orang tanya macam-macam sedangkan aku tidak tahu menahu apa yang berlaku.Mengapa aku seolah-olah turut depersalahkan?

Aku tidak mahu menjadi mereka yang bermuka-muka tetapi tindakan mereka bakal menyebabkan orang lain akan menilai aku sebegitu.Huhuhu.Sungguh aku tidak mahu menyakiti mana-mana pihak.tetapi fahamilah keadaan yang apa yang berlaku adalah semata-mata apa yang anda mahukan?Tidakkah kadang kala boleh berbincang dengan baik?Tidakkah boleh mengelakkan fitnah dan tuduhan palsu?Lupakah kita akan sejarah?Lupakah kita apa kesannya bermuka-muka?Lupakah implikasi fitnah dan bersangka buruk?


Ya Allah,hambaMu ini memohon padaMu
berikanlah aku sedikit bantuan untuk menyelesaikan masalah ini
berikan aku sedikit kekuatan untuk mengatasi masalah ini
aku tidak mahu dilabel "talam bermuka dua"
dan aku pasti tidak ingin ada yang terluka
kupohon sedikit ilmu dari pengetahuanMu
dalam menyelesaikan masalah ini
sesungguhnya Kau lah seadil-adil hakim

2 comments:

norizansyahnan said...

biarpun kancil seekor haiwan yang kecil, dy sangat terkenal dengan kebijakkannya...

{^_~}!-chaiyok yien~

Seven said...

haha,thanks kak ijan
insyaAllah