Entah mengapa semangat aku ingin menulis semakin berkobar-kobar sedangkan aku sedang menghadapi minggu peperiksaan akhir semester ketika ini.Namun biar dengan kesibukan aku mengulang kaji,inginku coretkan kisah-kisah yang berlaku sementara aku berkesempatan.Semalam bermula sudah peperiksaanku dengan kertas Islamic Institution.Semalam juga dalam sejarah aku mengambil peperiksaan akhir yang perperiksaan itu bermula lewat.Lewat 17 minit atas situasi yang tidak pernah aku alami sebelum ini.Terkekek-kekek aku ketawa mengenangkan peristiwa semalam.
Namun,bukan itulah yang membuatku sedih.Aku sedih sebab lain.Aku sedih sebab kini kusedar yang akulah selemah-lemah insan di dunia ini.Mengapa aku katakan begitu?Sebab kekuatanku bergantung pada kekuatan orang lain.Aku mengawal emosiku berdasarkan emosi orang lain.Jika mereka gembira,aku turut gembira.Apabila mereka sedih,aku turut sedih.Mengapa ini terjadi?Mereka cukup kuat untuk mengatasi masalah yang mereka hadapi tetapi mengapa hati ini risaukan mereka juga?Mengapa hati ini teringatkan mereka sehingga terngiang-ngiang dalam mimpiku?
Ya Allah,kupohon padaMu secebis kekuatan
Aku lemah tanpa bantuanMu,aku hina tanpa hidayahMu
Aku hanya insan yang lemah,yang masih mencari erti kekuatan
melalui ujian yang kau berikan
jika ini ujian semasa minggu peperiksaan ini
aku redha
cuma aku harapkan ada kekuatan yang dapat Kau berikan agar aku bangun dari kegusaran ini
0 comments:
Post a Comment