Sunday, April 4, 2010

Sukarkah mengukir senyuman?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada bakal-bakal jenazah sekalian.

Jangan terkejut dengan ucapan di atas tetapi itulah ayat yang paling aku ingat semasa sesi ceramah bersama Ustaz Cinta pada Jumaat yang lalu.

Nak kata kamu ni bakal graduan,tak tentu.Kalau ya,alhamdulillah.
Nak kata kamu ni bakal pekerja,tak tentu jugak.Kalau ya,alhamdulillah.
nak kata kamu ni bakal suami @ isteri,pun tak tentu.Kalau ya,alhamdulillah.
Dan nak kata kamu ni bakal bapa @ ibu pun jugak tak tentu.Kalau ya,amin.
Tetapi akan suatu yang akan kamu tempuhi.
Kamu fikir pun jadi,kamu tak fikir pun jadi.
Itulah KEMATIAN...
Jadi,saya panggil kamu bakal jenazah je la

Saja nak selitkan kisah di atas sebelum kita membincangkan tajuk post kali ini.Secara jujurnya,terasa begitu lama aku tidak menulis di blogku ini.Segala suka,gembira,teruja,bahagia yang ingin aku kongsikan sungguh tidak sempat rasanya untuk aku paparkan di sini.Juga segala kesedihan,kekecewaan,tangisan(jangan ingat lelaki tidak menangis) yang aku alami semenjak dua menjak ini sungguh tidak sempat. Kegembiraan yang tak terkata dengan perkara-perkara tertentu yang boleh buat aku tak tidur malam dan kekecewaan yang menjadi mimpi ngeri dalam buaian mimpi aku.huhuhu.

Kawan aku pernah berkata pada aku."Yien,aku tengok kau ni selalu je senyum.Ceria memanjang.Tapi aku agak satu la.Kalau kau sedih,mesti kau betul-betul sedih kan?" Masa dia cakap macam tu,memang aku sangat-sangat setuju dengan apa yang dia katakan. Serta merta segala sejarah kegelapan lampau tiba-tiba terlintas di fikiran.Hahaha.Macam projektor.

Segala tekanan yang dihadapi harus dengan senyuman.Itu sebab orang kata senyuman itu sedekah.Aku sebenarnya cemburu dengan seorang sahabatku.Tidak kisah apa masalah dia ada,dia tetap dengan senyumannya.Walaupun kadang kala,masalah yang dia hadapi adalah berat.Sangat berat bagiku.Namun dia hadapi dengan senyuman yang tak pernah luput.So,sukarkah untuk aku senyum dan terus senyum selepas ini?Kita saksikan...

Itu je sebenarnya yang aku nak luahkan.lama tak menulis ni buat rasa aku sangat tertekan.hahaha.
PS:Maaf ye cik blogku sayang.

Padamu aku mencari ketenangan
Padamu aku luahkan kasihku
Padamu juga aku mencari populariti
Dan kepadamu jua aku luahkan kesedihanku

0 comments: