Sunday, March 21, 2010

Ukhuwah kami


Assalamualaikum
Begitu lama sekali rasanya aku tidak menulis blogku ini. Bak kata orang, bila dah jatuh cinta,sehari terasa seminggu.Seminggu rasa sebulan.Sebulan ibarat setahun.Rasanya aku dah mula jatuh cinta.Cinta pada cik blogku ini.Hahaha.

Aku baru sahaja habis menonton kisah "3 Idiots".Kisah hindustan yang agak lama tetapi baru hari ini aku berpeluang menontonnya.Betapa indahnya mesej-mesej yang disampaikan dalam kisah ini dari segi intelektualnya mahupun persahabatannya.Jikalau dari segi inteleknya,betapa watak Ameer Khan mengajar yang ilmu yang dipelajari bukan ditunjukkan dari sehelai ijazah."Mahasiswa" kini hanya mencari keputusan yang cemerlang,bukan ilmu.

Izinkan aku menjadi pelajar yang mencari ilmu,bukan segulung ijazah semata-mata.


Tetapi seperti taku di atas,bukan aku nak kisahkan pasal intelektual dalam post ini.Namun, aku ingin mengisahkan tentang ukhuwah antara aku,Dato K dan Zack.Rasanya banyak kisah antara kami yang hampir semua orang tahu pasal kami sehingga kami digelar "Kawan 3 Serangkai".Tetapi aku lebih menggemari nama "3 Musketeers".Kami mengenali satu sama lain semenjak semester pertama lagi di UMP ini.Telah Allah takdirkan kami bertemu dan menjadi mesra umpama kembar.Khaliq sebagai sulung,aku macam biasa,tengah dan Zack yang bongsu.Ada beberapa persamaan antara kami.Sebaya(lahir tahun 1990),ketinggian yang sama,akak angkat yang sama dan yang paling penting selera makan yang besar.Kami berkenalan di awal pembelajaran kami di UMP ini namun ukhuwah kami mula kukuh selepas Program Kilauan Mutiara 3.Selepas program itu,tidak ada lagi program In-Smartive yang tidak kami bertiga sertai.Di mana aku sertai program,di situ juga adanya dua insan ini.Haha.

Sebenarnya semua orang pun pelik macam mana kami boleh begitu rapat sedangkan kami daripada fakulti yang berlainan.Aku komputer,Khaliq mekanikal dan Zack elektrik.Kalau dibandingkan dengan rakan sekelas memang beza umpama langit dan bumi keeratan persahabatan antara aku dengan mereka berdua dengan budak kelas(kecuali segelintir).

Ya Allah
Kau temukan kami dalam cara yang unik
Kau satukan hati kami
Satu hari nanti akan tiba saat kami akan berpisah
Cuma satu doaku untuk kami
Agar ukhuwah ini terus kekal
Walau di mana kami berada
Biar ingatan terus mekar dengan kenangan

1 comments:

WaFa' aN-NiSa' said...

yien amik gambar akak..pulang balik..xpun bt sendiri..