lama sungguh rasanya tidak mengemaskini blogku ini.jadi,ingin aku kembalikan ayat-ayat penandaku.hahaha.Semasa aku keluar bersama ahli kumpulanku untuk menyelesaikan tugasan Islamic Institution minggu lalu,kami rehat sebentar di KFC selepas selesai sesi temuramah.Ketika sedang menunggu yang lain membeli makanan, aku perhatikan seorang kanak-kanak lelaki sedang bermain dengan botol sos yangberada di atas mejanya.Di sebelahnya,ibunya yang sedang melarang dia bermain dengan botol sos itu khuatir jika botol kaca itu jatuh.Disebabkan si anak ini degil dan mungkin si ibu terhilang kesabarannya,si ibu telah menolak kasar kepala anaknya sehingga terhantuk ke dinding.Mungkin tidak cukup kuat untuk mencederakan tetap cukup untuk menghasilkan bunyi hantukan.Aku tergamam juga melihat situasi itu.Kemudian si anak itu terus diam dan perlahan-lahan air matanya menitis.Si ibu masih lagi marah-marah pada si kecil ini.
Aku plak yang rasa macam nak nangis masa tu.Bukan sebab apa tetapi sebab aku bersyukur ibu bapa aku tidak pernah buat sebegitu padaku.Aku kasihan melihat air mata si kecil.Aku terbayangkan perasaannya.Mungkin dia si kecil yang degil tetapi bukankah itu erti kanak-kanak?Suka bermain dengan apa yang ada disekelilingnya.Semua kanak-kanak begitu bukan?Tetapi mengapa si ibu seolah-olah tidak mengerti?Dan persoalan yang paling besar bagiku di sini,adakah kekerasan jalan terbaik untuk mendidik si kecil?
Mungkin ada kata ya,ada yang berkata tidak.Untukku,cara terbaik ialah menggabungkan kedua-duanya.Ada kala ibu bapa perlu tegas tetapi jangan di tahap melampau.Si anak masih kecil dan mereka tidak mengerti.Jadi janganlah memperlakukan anak anda sebegitu.Apa kata orang jika perasan anda membuat sebegitu pada anak anda?Jika kekerasan sebegitu anda gunakan,si anak mungkin membesar menjadi insan yang keras dan kasar.
Ya Allah
Jika satu hari nanti aku mempunyai anak
Jadikanlah aku seorang bapa yang soleh
Jadikan aku bijak mendidik anakku
Jadikan keturunanku orang yang baik-baik
Itu sahaja yang ingin aku luahkan.
0 comments:
Post a Comment