Wednesday, February 24, 2010

Keperibadian unggul

Assalamualaikum
Berhubung dengan tajuk bicara Suara Siswa yang dijalankan semalam di mana saudara Mohd Nur Aedlan sebagai YDP MPP UMP 09/10 telah dijemput menjadi salah seorang panel bicara bagi membincangkan "mencipta keperibadian unggul".Satu tajuk yang agak umum bagiku dan alhamdulillah saudara Aedlan mampu menjawab soalan-soalan dengan tenang.Merujuk kepada tajuk ini,apakah itu keperibadian unggul?Dan siapakah yang dijadikan idola?

Bagiku hanya seorang insan sahaja yang menpunyai keperibadian seperti ini dan baginda ialah Rasulullah S.A.W.Bersempena dengan Maulidur Rasul yang disambut pada hari Jumaat yang lalu,marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas baginda.

Keperibadian baginda yang unggul dengan sifat siddiq(membenarkan), amanah, tabligh(menyampaikan) dan fatanah.Keempat-empat sifat ini menyebabkan baginda disegani bukan sahaja dari kalangan para sahabat malah juga di kalangan musuh-musuh tegar Islam ketika itu.Bahkan,sebelum baginda dilantik oleh Allah untuk menjadi rasul yang terakhir,kesemua masyarakat Mekah ketika itu menghormati baginda dan lebih mengenali baginda sebagai Al Amin kerana kejujurannya.

Dalam konteks masyarakat kini,sukar sungguh untuk menampakkan keperibadian yang unggul terutama di kalangan mahasiswa yang digelar cerdik pandai,termasuklah diriku ini.Apakah sebenarnya penghalang diri kita yang membentengi diri ini daripada mempunyai peribadi yang unggul?Tepuk dada tanya iman.Aku pun masih lagi memperbaiki diriku untuk menjadi insan yang tidak kukira unggul tetapi cukup sekadar menutup mulut-mulur manusia yang hanya tahu mencari keburukan dan kelemahan orang lain.Mungkinkah ini juga salah satu sebab mengapa keperibadian unggul itu tidak dapat dibentuk?

Ya Allah
Sempurnakanlah juga akhlak dan peribadiku seperti mana telah Kau sempurnakan wajahku.

Cukuplah sekadar di sini sahaja buat masa ini.Assalamualaikum

0 comments: