Tuesday, February 2, 2010

Telah Kau tetapkan ini untukku


Assalamualaikum
Setelah 19 hari senyap dari memblog,kini aku kembali menulis.Tu pun sebab permintaan daripada salah seorang kakakku.Kalau tak ingat cuti CNY ni baru nak start tulis semula.Hahaha.Banyak peristiwa telah berlaku sepanjang 19 hari ini (21 jan-9 Feb).Penamaan calon MPP,minggu pilihanraya,hari pengundian,pengunguman keputusan pilihanraya.Setelah pertimbangan sebaik mungkin,aku membuat keputusan untuk bertanding sebagai salah seorang calon kerusi umum.Telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa yang aku tersenarai di kalangan yang mendapat undian tertinggi.Syukur alhamdulillah.Dan alhamdulillah, kedua-kedua kembarku Z dan Dato juga menjadi MPP juga.(Tiga kembar menjadi MPP.Hahhaha).

Tetapi dengan "kemenangan" aku juga membuat aku sedih.Bukan sebab aku tidak mahu,namun aku risaukan kemampuanku.Hampir semua sahabatku percaya aku mampu,tetapi aku tak seyakin mereka pada diriku sendiri.Tetapi InsyaAllah,aku akan berusaha untuk memperbaiki diriku untuk menjadi lebih baik dari sekarang.Namun banyak lagi benda yang menyebabkan aku sedih.Semasa aku ingin menunaikan solat isyak pada khamis (28 Jan) selepas pengunguman keputusan pilihanraya,aku telah diapproced oleh seorang senior.Dia berkata padaku,"Solihin bncang la antara 6 orang MT lain,jangan bagi dia jawatan besar".Ketika itu aku hanya mengangguk sedangkan dalam hati,hahaha,takde harapan la jep.

Mengapa ini terjadi?Aku tak tau.Korang tak kenal pun siapa dia tetapi korang menilai dia seolah-olah dia teruk sangat.Bagi aku,kita boleh menilai orang,tetapi bukan membuat orang lain menilai orang lain megikut pemikiran kita.Masing-masing ada penilaian sendiri.
Bukan semua orang tak pergi masjid orang jahat,dan tak semestinya yang pergi masjid orang baik tapi kalau nak jadi baik,selalulah ke masjid.(Ayat Afif)

Cukuplah aku citer pasal dia.Aku nak citer pasal aku plak.Masa minggu pilihanraya tu,aku pun kene kutuk gak kat blog PRK MPP 09/10.Tetapi kritikan(perkataan baik sikit) yang aku kene tidaklah seteruk calon-calon lain.Aku cuma kene:
Jangan undi Solihin.Dia gila kuasa
Hanya mampu merancang?Nampak sangat dia tak berusaha pun.
Untuk kedua-dua ayat di atas aku ada jawapan aku sendiri.Pertama,memang aku gila kuasa.Kuasa itu sesuatu yang diidamkan oleh setiap insan kat dunia ni.tetapi kuasa yang aku gilakan bukan kuasa pemerintah.Aku gilakan kuasa macam superman tu.boleh terbang,lari laju.best tu.Takkan lewat pergi kelas dah.Hahaha.

Untuk yang kedua,aku guna motto itu sebagai motto pilihanraya sebab segala benda dalam dunia ini yang berlaku,bukan sebab kita yang jadikan ia berlaku.Semua itu datang dengan izin Allah.Takkan nak pakai "Kita hanya mampu merancang dan berusaha"?tak catching ayatnya.Segala-galanya yang berlaku sebab Allah dah tetapkan.Ok?

Banyak lagi benda yang buat aku sangat tak selesa sekarang,terutama nama panggilan.Aku memang tak suka kalau aku dipanggil berdasarkan jawatan.Memang itu sifatku.Aku tak kisah kalau aku dah jadi PM sekalipun pun(contoh.kang ade plak yang cakap aku memang sah gila kuasa),aku tetap nak orang panggil aku menggunakan nama aku "SOLIHIN" atau nicknameku "YIEN".Kalau event rasmi yang perlu menyebut jawatanku takpe la,tapi aku nak lepak kat cafe pun, perkataan MPP gak yang keluar dari mulut dorang.Aku harap benda ini cepat hilang sebab aku memang TAK SUKA!!!!!

Last but not least,kemenangan aku juga membawa kesedihan kepada orang lain.Aku pun sangat tak nak tengok dorang sedih.Memang akan tiba masa Yien akan sibuk,tetapi bukan 24 jam hidup Yien akan sibuk dengan MPP ini sahaja.InsyaAllah,sekiranya ada masa,Yien akan meluangkan masa dengan korang.Lepak-lepak,"culik kawan baik orang",gelak-gelak kat cafe tu.Yien masih lagi memegang jawatan selaku Presiden Kelab Muka Cafe OK?(kelab ni tak wujud pun.saje gune)Sebab tiada pengganti lagi yang Yien boleh nampak.Hahahaha.Kalau tak nampak kat cafe,Oovoo,YM,Skype,Facebook pun boleh lagi InsyaAllah.

Pesanan dari akakku
"Jawatan bukanlah untuk dijadikan kebanggaan,sebaliknya ia adalah amanah yang harus digalas atas harapan orang pada diri kita"

Ya Allah,
Kupohon padaMu kekuatan dalam menggalas amanah yang Kau telah tetapkan untukku agar aku kuat dan tidak mudah tewas
Kupohon padaMu bimbingan dalam menyusuri jalan amanah ini agar aku tidak terpesong dari jalanMu

1 comments:

izzah said...

Yien teruskan semangat.never give up..akak sentiasa sokong yien..if yien de problem lemme know k