Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Alhamdulillah hari ini genap 22 tahun kudiberikan nikmat kehidupan untuk terus bernafas dengan kasih sayangNya. 22 tahun. Satu tempoh masa yang lama jika dinanti, namun setelah ia berlalu, segalanya seperti hari semalam. Aku masih mampu mengingati hari-hari ketika di sekolah rendah, berkejaran bersama rakan selepas tamat sekolah sementara menanti ketika ibu atau bapaku untuk membawaku pulang. Atau kenangan semasa ke Langkawi selepas hari raya beberapa tahun yang lalu, menaiki kereta kabel di Gunung Mat Chincang dengan pemandangan yang subhanallah, breath-taking.
Ataupun ketika tertidur selepas berbuka puasa di blik (nasib baik dah solat Maghrib dulu) semasa menuntut di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Boleh juga aku kisahkan pengalaman hari pertama mendaftar sebagai pelajar jurusan Sistem Perisian di Universiti Malaysia Pahang. Semua itu telah kutempuhi selama 22 tahun ini.
Semalam mendapat tazkirah berkenaan umur oleh sahabatku selepas ucapan hari lahir. Berkenaan umur. Dalam tazkirahnya menyatakan kejayaan-kejayaan yang dicapai ketika umur tertentu. Rasulullah pernah bersabda, “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)”. Tahukah kalian siapakah sebaik-baik raja tersebut? Itulah dia Sultan Muhammad Al-Fateh. Seorang yang hanya berumur 21 tahun telah berjaya memimpin pasukan tenteranya menewaskan pihak musuh dan menakluki Constantinople, Allahuakbar. Ya, 21 TAHUN. sahabatku juga menyebut tentang Salahudin Al-Ayubi, panglima perang yang berjaya menakluki kembali Jurusalem (Palestin). Beliau menjadi penglima perang ketika berusia 20 tahun dan menewaskan tentera Salib ketika berusia 23 tahun. Hebatnya mereka ini.
Aku menulis tentang mereka bukan sekadar untuk membandingkan diri, tetapi juga untuk menyedarkan diri sendiri. Begitu besar sumbangan mereka pada Islam. Demi ISLAM, segalanya dilakukan. Dengan IMAN yang memandu mereka, kejayaan yang luar biasa dicapai. Namun tatkala aku melihat cermin dan merenung pantulan diri sendiri, apa yang telah aku lakukan. Apa yang telah aku sumbangkan pada agamaku selama 22 tahun aku hidup ini? NOTHING…
Aku hidup sebagai Muslim di taraf biasa. Memperkenalkan diri sebagai seorang lelaki yang lahir di hujung zaman, yang mudah tewas dengan godaan dunia, yang masih lemah melawan arus perubahan dunia masa kini. Ketika mendapat tazkirah itu, terasa pipiku ditampar kuat. Ditampar sekuat mungkin dengan realiti. Aku bukan Muhammad Al-Fateh ataupun Salahudin Al-Ayubi. Aku hanya Muhamad Solihin Hashim, seorang remaja yang menginjak dewasa (tetapi perangai masih macam budak-budak. Kanak-kanak riang la katakan). Aku hanya insan biasa, yang sering terleka dengan dunia. Hari ini baik, esok hari jahat. Lusa kembali baik, tulat mula buat jahat semula.
Terukkan hambaMu seorang ini?
Yang jarang sekali mensyukuri nikmat-nikmatMu
Andai Kau serahkan segalanya kepadaku walau 1/100000 saat sekalipun
nescaya aku tersungkur menyembah tanah
Kerana aku tahu,
Aku hanya seorang hamba, hambaMu yang lemah
Aku lemah ya Tuhanku, selemah-lemahnya
KepadaMu aku memohon kekuatan
Tunjukkan aku jalan ketenangan
Ketenangan dan kegembiraan dengan cintaMu
Ketenangan dan kegembiraan bersama insan yang juga mencintaiMu
But then again, I want to be better. Better person than I was in my past. “Whatever happened in the past, it was your history. Now you have changed, to be a better person. Stay” Those are the words from pH, to keep me motivated to be better each passing day. I want to be better. To be showered in His love.
Jadi dengan ini, aku ingin mengumumkan permohonan sempena hari ulang lahirku.
1. Untuk menjadi hambaNya yang lebih baik.
2. Untuk mendapat keputusan PSM 2 yang baik
3. Untuk … (biarlah hanya yang tertentu sahaja mengetahui)
Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampunimu) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan kerana kejahilannya, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. – Surah An-Nahl 16: ayat 119.
0 comments:
Post a Comment