Featured Article

Thursday, February 17, 2011

Nukilan buat si dia

Assalamualaikum

Bila tibanya bulan Februari, dapt dilihat di dada akhbar dan di wajah televisyen tentang iklan-iklan cinta. Dengan tanggal 14 Februari setiap tahun, HAMPIR semua pasangan yang sedang hangat bercinta ingin meraikan hari “bermakna” bersama pasangan tercinta. Namun, kesedaran akan haramnya menyambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day telah diketahui umum oleh masyarakat beragama Islam. Namun, yang ramai menyambutnya ialah orang yang beragama Islam. Di manakah silapnya? Mengapa masih ada yang tergoda untuk meraikan hari tersebut walaupun sudah diketahui rahsia di sebalik kisahnya.

Pada malam Hari Kekasih, diberitakan dalam Buletin Utama TV3 pada 14 Februari 2011 terdapat 40 pasangan yang telah ditangkap khalwat. Dan entah berapa ramai pasangan yang terlepas. Wallahualam. Apakah sebenar ertinya cinta pada mereka? apakah mereka telah terpengaruh jauh dalam ideologi barat yang menyatakan cinta itu adalah dengan melakukan persetubuhan? Ada yang menyatakan, “Lelaki melafazkan cinta demi mendapatkan seks, wanita merelakan seks demi mendapatkan cinta”. Apakah begitu hina nilai cinta pada mereka?

Cinta itu sebenarnya benda yang suci jika didirikan atas panduan yang benar. Baca sahaja tentang kisah cinta antara Rasulullah S.A.W bersama Aisyah R.A di mana ketika Rasulullah pulang lewat malam ke rumah. Kerana cintanya baginda pada isterinya, baginda sanggup untuk tidur di luar rumah daripada mengejutkan Aisyah manakala Aisyah sanggup tidur di hadapan pintu demi menanti kepulangan suami tercinta. Begitu indahnya cinta dua insan ini. Cinta itu adalah tanggungjawab bak kata Ustad Pahroul Mohd Juoi. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai seorang wanita, dia tidak akan sekali-kali mengambil kesempatan untuk “menyentuh” perempuan tersebut. Akan dia perbaiki dirinya untuk menjadi yang terbaik, untuk menjadi insan berilmu dan mencari sumber wang yang halal agar dia dapat menampung kehidupannya bersama wanita tersebut.

Namun, realiti kehidupan kita kini berbeza. Bilangan lelaki yang merosakkan wanita kian meningkat. Bilangan wanita yang meruntuhkan iman lelaki juga tidak kurang hebatnya. Di manakah lagi bisa dicari lelaki-lelaki yang bersama melindungi kaum Hawa? Bagaimanakah lagi ingin dicari wanita yang melindungi dirinya daripada menggetarkan iman lelaki? Jika kamu benar-benar menyukai seorang perempuan, pergilah kamu lamar dia. Bina hubungan dengan perkahwinan. Ia lebih barakah.

Cinta yang teragung ialah pada Sang Pencipta. Yang kedua pada insan yang mulia yang bernama Muhammad bin Abdullah. Itulah semanis-manis cinta. Cinta yang tidak akan pudar setelah kita merasainya. Itulah cinta yang harus dikejar. Bergetarnya jiwa membaca ayat-ayat cintaNya, berlinangan air mata mengenangkan cinta Rasulullah pada kita. Demi cinta, segalanya sanggup dilakukan. Lihatlah bagaimana cinta para sahabat. Bagaimana mereka sanggup bergadai harta, masa dan tenaga malah nyawa demi Rasullulah dan Allah. Mampukah diri yang hina ini berbuat demikian?

Bersempena 12 Rabiulawal yang baru sahaja berlalu, marilah para saudaraku. Kita mengenang jasa dan pengorbanan insan yang mencintai kita. Marilah kita mengenang bagaimana pengorbanan 1400 tahun lalu yang membolehkan kita mengenal apa erti cinta sejati. Tanyakan pada diri kamu “Jika kamu diberi peluang untuk duduk bersendirian bersama Rasulullah, apa yang akan kamu katakan pada baginda?”.

Nukilan hati pada “si dia”

Aku jatuh hati padamu bukan kerana hartamu

Aku jatuh hati padamu bukan kerana kau keluarga diraja

Aku tertarik padamu kerana wajahmu yang suci

Aku jatuh hati padamu kerana agama yang kau miliki

Namun hati ini gusar, apakah pandangmu terhadapku

Jadi kuperbaiki diriku sebagai persediaanku

Untuk menjadikan kamu sebagai sayap kiriku

Untuk mencari keredhaan yang Satu

Akanku perkukuhkan keimananku

Agar dapat kuperangi hawa nafsu

Namun aku hanya seorang lelaki biasa

Yang bisa tersunggur dengan godaan dunia

Ya Allah ya Tuhan kami,

Jika kami Kau takdirkan bersama

Satukanlah hati kami di jalan yang Kau redhai

Agar kami dapat membina

Sebuah keluarga yang Kau berkati

Tuesday, February 8, 2011

Izinkan aku...

Walau serindu mana aku pada dunia kegelapanku, kuat lagi cintaku pada dunia yang telah kau tunjukkan kepadaku ini. Aku merindui ketenangan ketika aku di dunia itu, namun aku lebih mencintai ketenangan aku peroleh ketika aku sujud kepadaMu, ketika aku membaca ayat-ayat cintaMu, ketika aku duduk di dalam rumahMu.

Sungguh aku terseksa ketika ini. Air mata ini umpama sungai. Terlalu mudah untuk mengalir. Aku buntu mencari jawapan sedangkan aku yang mengmabil keputusan itu. Tak mengapa, aku terima sumuanya kerana aku tahu, Kau sedang mengujiku. Kau ingin lihat aku bersujud padaMu. Kau ingin berikan aku kesedaran yang aku ini hina. Di kalangan manusia sendiri aku adalah hina, apatah lagi aku di mataMu. Kau ingin lihat aku berdoa kepadaMu, meminta bantuan kepadaMu kerana Kau ingin menyedarkan aku bahawa aku ini hina, lemah, langsung tak berdaya tanpa kudratMu. Aku redha dibenci kerana keputusanku pada mereka tetapi ya Allah, janganlah Kau bencikan aku juga. Jika Kau tiada, pada siapa lagi aku boleh mengadu. Aku kini keseorangan, tiada lagi sesiapa untuk aku berkongsi kesakitan ini. Namun aku tahu yang Kau tidak akan meninggalkan aku.

Ya Allah, jangan Kau palingkan aku daripada jalanMu setelah Kau berikan aku kedamaian di jalan ini. Izinkan aku untuk terus menjadi kanak-kanak riang, yang tersenyum di hadapan orang. Biarlah selepas ini aku hanya menangis bersamaMu, biar jika kesakitan yang hadir selepas ini, hanya Kau yang menjadi pendengar kisahku.

ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa
ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud

esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa

ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud

kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa
ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud

Lirik lagu “PadaMu Aku Bersujud”

Friday, February 4, 2011

Choices in Life

Assalamualaikum

Dalam kehidupan kita akan senantiasa menempuh kehidupan yang dipanggil PILIHAN. Nak pakai baju apa hari ini, nak naik apa balik kampung, nak main sukan apa hari ini. Berikut mungkin pilihan-pilhan yang mudah yang kita boleh buat tanpa memerlukan walau sekelip mata untuk buat keputusan. Kerana keputusannya tidak begitu merubah hidup kita atau orang lain.

But there times that we have to make crucial decisions. That may not just affect our present life, but also others, not excluding our future itself. When that time comes, which will be your choice? Put your future at risk by choosing to protect the one you loved from getting hurt or choose the answer that will lead you to an unknown future but hurting those you cared most?

“Wahai Tuhan kami, janganlah Kau palingkan hati kami setelah Kau berikan petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kami limpah rahmat daripada sisiMu. Sesungguhnya Kau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya” Surah Al-Imran: Ayat 8

Sometimes the life changing decisions can be easy as ABC but sometimes it can be too difficult. But each decision that we made will always lead us to a future that teaches us to appreciate more in our life. There’s a saying “Yesterday was history, tomorrow a mystery and today is gift. That’s why it’s called a present.”Learn on how to appreciate each second of your life.

Semasa Program Kilauan Mutiara 2011 pada Jumaat dan Sabtu lalu, aku ada bertanya kepada para peserta, “Namakan 5 keajaiban dunia.” Berbagai-bagai jawapan yang aku terima. Ada seorang peserta mampu memberikan 5 keajaiban dunia ciptaan manusia. Tetapi kita sering lupa, pada diri kita sendiri ada pelbagai jenis keajaiban dunia ciptaan Tuhan. MELIHAT, MENDENGAR, MENGHIDU, MERASA, DAN MENYENTUH. Bukankah itu jua antara keajaiban dunia? Tanpa penglihatan, apakah kita bias membaca? Tanpa pendengaran, apakah kita mampu mendengar suara azan? Tanpa menghidu, apakah kita mampu menghidu bau wangi-wangian? Tanpa merasa, apakah kita bisa merasa makanan yang enak? Tanpa deria sentuh, apakah aku mampu sedar yang aku sedang menaip blog ini?

Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya

Powered by Blogger.

Popular Posts