Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum diucapkan kepada para pembaca. Alhamdulillah, hari ini diberi kemudahan untuk menulis di awal pagi. Kini telah pun 20 hari Ramadan berlangsung. “Bahtera Ramadan” yang menjenguk kita setahun sekali ini hampir bersedia untuk meninggalkan kita sekali lagi. Fasa ketiga (fasa dilindungi daripada api neraka) telah mendatangi kita.
Dan dalam fasa ketiga ini disertakan dan dijanjikan oleh Allah terdapat satu hari yang begitu istimewa yang jarang digembar gemburkan. Bak kata ustaz yang sampaikan tazkirah Ramadan “Negara kini digembar gemburkan dengan semangat 1Malaysia, salam 1Malaysia dan macam-macam lagi 1Malaysia. Namun, jarang ada yang mengembar gemburkan tentang hari yang lebih baik daripada seribu bulan ini.”
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang tidak ditakdirkan berlaku pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam tersebut sehingga terbit fajar.” – Surah Al-Qadr:1-5.
Wahai para pembaca sekalian, saya juga tahu yang hari-hari terakhir puasa ini kebanyakan daripada kita bergembira kerana Syawal bakal menjelma. Hari raya yang penuh dengan makanan, kepulangan ke kampung bersama saudara mara untuk menyambut Aidil Fitri adalah saat yang menggembirakan. Namun, marilah kita saling berusaha untuk terus menggandakan usaha di malam-malam terakhir ini agar kita sama-sama dapat bertemu Lailatul Qadar.
Bak kata lagu “If today was your last day- Nickelback”, ‘If today was your last day and tomorrow is too late, could you say goodbye to yesterday?’. Marilah saudaraku, kita terus berusaha untuk terus berusaha memburu amalan yang berganda ini.
“Janganlah kita mengeluh dengan banyaknya dosa tetapi carilah peluang untuk meningkatkan amalan” – petikan daripada Bayangan Sepi.
0 comments:
Post a Comment