Featured Article

Friday, June 25, 2010

inilah kehidupan

Assalamualaikum kepada insan yang sudi membaca post saya

Sepatutnya sekarang ini aku sepatutnya sibuk belajar untuk persediaan peperiksaan akhir semester pendekku dan menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh yang diperlukan diselesaikan dalam 24 jam ini. Namun, aku berasa sangat sedih, kecewa, penat. Semuanya.
Tetapi sekarang ini, aku tiada orang yang boleh aku bercerita biarlah aku ceritakan pada Cik Blog.hehe.
Reputasi "Kanak-kanak Riang"ku kian tercalar kini. Banyak masalah yang hadir sehinggakan aku rasa sukarnya nak jadi riang. Hahaha. Boleh tak kalau nak rasa begitu? Aku kisahkan segalanya di sini. Selepas kembali dari perkhemahan @ program mendaki Gunung Stong, mood aku sangat tidak ok. Rasa marah yang tiada alasannya. Menyebabkan aku cuma bermuram wajah, sepi tanpa kata-kata, tanpa secalit senyuman.Tetapi kadang-kadang itu, bila bersama kembar-kembarku sahaja aku boleh senyum dan ketawa. Selain dari itu, tiada apa yang ingin aku katakan walaupun banyak yang menegurku. Tidakku sangka perlakuanku hari itu membuatkan begitu ramai pihak yang berkecil hati. AJK Khidmat Komuniti, adik-beradik MPP, kawan-kawanku. Selepas ditegur oleh kawanku, "Yien tak rasa ke orang lain kena tempiasnya juga?".
Bila kuanggap segalanya telah selesai, baru ku sedari yang aku juga telah membuat orang lain berkecil hati denganku. Aku lupa yang dia memang selalu prihatin pasal aku, tetapi bila ditanya, aku jawab macam tak nak je.
Sekarang ini, tak habis dengan masalah itu, masalah baru timbul. Kerja yang bertimbun yang perlu diselesaikan dalam masa 24 jam dari sekarang. Mesyuarat tanpa henti menyebabkan minit bertambah.(Aku kn SU?Hahaha). Perancangan gerak kerja untuk pembentangan Khidmat Komuniti. Kemudian aku harus berjuang untuk peperiksaan akhir pada hari Isnin (28 Jun) ini. Namun, apalah sangat kerja aku ini jika dibandingkan dengan kerja yang Nadia (Setiausaha MPP @MINDS) yang jauh lebih berat tekanan kerja. Aku bahagia lagi sebab tak sangat banyak kerja lagi berbanding dia. Dengan kerja yang bertimbun ini, aku terpaksa menarik diri daripada program motivasi bersama pelajar MRSM dan menyebabkan secara rasminya program ketiga aku tidak bersama kembar-kembarku. Sedihnya rasa hati sekarang. Tetapi takpe kot, sebab aku tahu aku kanak-kanak riang. Boleh tersenyum lagi.
Aku ada dua pesanan yang aku ingat setiap kali ujian sebegini hadir.
"Yien kan kuat? Kerja ini amanah dari Allah,belajar pula amanah dari ibu bapa. InsyaAllah Yien boleh."
"Anggaplah semua ini ujian dari Allah sebab Dia tahu Yien mampu menggalasnya"

Apakah aku benar-benar kuat seperti mana yang dikatakan oleh orang pertama?Aku tahu semua ini amanah. Cuma aku kurang yakin dengan kekuatanku.Untuk yang kedua, aku tahu juga yang semua ini adalah ujian dariNya,namun aku hanya insan yang lemah.(walaupun aku lelaki).Aku hanya mampu merancang,selebihnya Allah yang menentukan sebab Dia memang tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.

PS:maaflah jika post kali ini bernada sedih,sebab memang aku tengah tak ok sekarang ini.huhuhuhu.Inilah kehidupan.Kecewa dan kesedihan itu tidak dapat diasingkan daripada kehidupan.

Monday, June 14, 2010

berapakah harga sebuah kemaafan?

Assalamualaikum to all those who willing to read my posts,

I am still wondering how could I have the idea and time to write though my work is piling up and pressure is reaching to its max as time draws near to my final short semester examination and MINDS. But as people says, "Ideas comes during weird timing".This time I would like to share you a story about forgiveness.

There was an article that goes like this:
A teacher sees that her students were fighting among themselves and refuses to forgive each other. So, she started the idea of playing a game. She asked her students to bring a banana each day to school starting from the day after. So, each of her students brought their bananas each day until one day one of the students asked, "Excuse me Miss Fana,why do we need to bring the banana?It starts to rot and smelly." The others students started to complain as well.
"Now you understand how it goes." The students were still in the blank. "That rotten,smelly banana that you have there is just like the hatred within your heart. The longer you kept your hatred, your heart gets rotten each seconds. Is that what you want?Look at the person next to you. If you have ever made a mistake to them, ask for forgiveness and if they made a mistake to you, forgive them." Since that day, the relationship between the students getting better.

I also have my own experienced of fighting with my best friend when I was in secondary school. We were very close. We sat next to each other in class. We went everywhere together except to the gents,of course. But on 1 July 2003, everything changed. He started to keep his distance from me. I tried to asked about the reasons but I did not get a reply. I kept trying to ask for his forgiveness. I even bought him a book because he likes reading. Inside that book, I slipped a "I'm Sorry" post but it was still a failure. People even say that,"You are like begging for his forgiveness". Maybe I am because that is just who I am. Finally I just gave up. Maybe since than I started to have a principal of "I-will-only-ask-for-forgiveness-ONCE.If-you-won't-forgive-me,I-WON'T-GIVE-A-DAMN."

But then I realized that I cannot do that because that is just not who I am. So, I will always concern about when I made a mistake to others. If I realize my faults, I would quickly say "I'm sorry" and wait for his/her forgiveness. Back to the reason I wrote this post, it seems that other people around me sometimes too hard to being forgive full. It is not to say that I am but I just would give others chance as I would give myself.

Is it that hard to forgive others? For me personally,the answer is sometimes YES and sometimes NO. "YES, it is hard" to forgive with your heart and sometimes even our lips have the difficulty either to say, "I'm sorry" or "You're forgiven". But it is also, "NO,it is not". Ask yourself when you refuse to forgive others. I won't be able to answer that for you. Even I have the problems answering it.

Conclusion of the story,
"KEMARAHAN adalah suatu perasaan yang anda rasa pada seseorang dan inginkan perubahan padanya manakala KEBENCIAN adalah suatu perasaan yang anda rasai pada seseorang tanpa mengharapkan sebarang perubahan daripadanya". Give it a thought and which is in your heart.

bermulanya kehidupan baru


Assalamualaikum kepada mereka yang masih sudi membaca nukilanku

Hari ini ialah 14 Jun 2010M bersamaan 1 Rejab 1431H. Hari ini juga adalah bermulanya kisah kehidupan baru untuk beberapa orang yang aku kenali. Misalannya, hari ini adikku, Rafaie akan memulakan kehidupan barunya berjauhan dengan keluarga untuk meneruskan pelajaran di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang untuk Program Dua Tahun atau singkatannya PDT. Day before yesterday, he asked me a few questions about living in matrix and from his tone I can sense the nervousness. I can still remember my first day living far from family at Negeri Sembilan Matriculation College. All the feelings seems to collide with each other:happy, nervous, scare, homesick, excited. Hope you will always be well bro. InsyaAllah, you can do it cause you are way better than me.

Gambar KMPP yang diperoleh daripada Google Images

Seterusnya ialah seniorku yang daripada Jurusan Komputer yang akan memulakan kehidupan berkerja dalam perjuangan mereka dalam Latihan Industri. Most of them will be working in Kuala Lumpur area. My turn is next year,insyaAllah. May all of you do well. My pray will always be with you.


Sunday, June 13, 2010

Jalan-jalan di Kelantan & Terengganu

Assalamualaikum kepada para pembaca blogku,
Lama sungguh rasanya aku tidak menulis.Jadi selepas kembali bercuti,aku kembali menulis akan pengalaman di Kelantan dan Terengganu. Kami (aku, Khaliq, Fakhrol, Frahan dan Zura) bertolak dalam pukul 10.00 pagi sebab ada orang bangun lewat. Kami menggunakan jalan yang berhampiran dengan kawasan pantai kerana budak-budak ni mencari tempat untuk program In-Smartive. Jadi terdapat beberapa lokasi yang kami singgah namun tempat persinggahan terakhir untuk mencari lokasi program berakhir di International Trade Centre, Terengganu. Lokasi yang sungguh cantik bagiku.

Pantai di hadapan ITC,Terengganu

Kemudian kami meneruskan perjalanan kami tetapi dalam perjalanan keluarga Fakhrol menghubungi untuk mengajaknya datang ke Taman Pertanian Negeri,Sekayu, Terengganu. Kami berkelah di sana untuk makan tengah hari dan mandi-manda.

Sebelum mandi

Bila dah lenjun


Photographer yang tak boleh mandi sebab tak bawa baju extra


Bergambar sebelum meneruskan perjalanan


Kami meneruskan perjalanan terus ke rumah Kak Nani di Ketereh, Kelantan. Dan tiba sebelum masuk waktu Isyak. Tidak banyak yang kami lakukan malam itu selain medapatkan rehat setelah penat seharian.

Day 2
Pagi itu kami bergambar di sawah padi berhadapan rumah Kak Nani sewaktu matahari sedang terbit. Dalam banyak-banyak gambar yang ditangkap,yang paling lawa ialah gambar di bawah:



Kemudian kami keluar bersama Kak Nani ke Kota Bharu (KB Mall), Tanah Merah (rumah nenek Fakhrol).Selepas puas berjalan, kami pulang ke rumah Kak Nani. Petang itu, aku dan Khaliq mengambil peluang untuk tidur manakala Farhan, Fakhrol dan Zura bersembang dengan keluarga Kak Nani. Malam itu selepas Isyak kami pun bertolak pulang ke UMP dan menjejakkan kaki ke bumi UMP pada pukul 3 pagi.
Powered by Blogger.

Popular Posts