Sunday, June 13, 2010

Jalan-jalan di Kelantan & Terengganu

Assalamualaikum kepada para pembaca blogku,
Lama sungguh rasanya aku tidak menulis.Jadi selepas kembali bercuti,aku kembali menulis akan pengalaman di Kelantan dan Terengganu. Kami (aku, Khaliq, Fakhrol, Frahan dan Zura) bertolak dalam pukul 10.00 pagi sebab ada orang bangun lewat. Kami menggunakan jalan yang berhampiran dengan kawasan pantai kerana budak-budak ni mencari tempat untuk program In-Smartive. Jadi terdapat beberapa lokasi yang kami singgah namun tempat persinggahan terakhir untuk mencari lokasi program berakhir di International Trade Centre, Terengganu. Lokasi yang sungguh cantik bagiku.

Pantai di hadapan ITC,Terengganu

Kemudian kami meneruskan perjalanan kami tetapi dalam perjalanan keluarga Fakhrol menghubungi untuk mengajaknya datang ke Taman Pertanian Negeri,Sekayu, Terengganu. Kami berkelah di sana untuk makan tengah hari dan mandi-manda.

Sebelum mandi

Bila dah lenjun


Photographer yang tak boleh mandi sebab tak bawa baju extra


Bergambar sebelum meneruskan perjalanan


Kami meneruskan perjalanan terus ke rumah Kak Nani di Ketereh, Kelantan. Dan tiba sebelum masuk waktu Isyak. Tidak banyak yang kami lakukan malam itu selain medapatkan rehat setelah penat seharian.

Day 2
Pagi itu kami bergambar di sawah padi berhadapan rumah Kak Nani sewaktu matahari sedang terbit. Dalam banyak-banyak gambar yang ditangkap,yang paling lawa ialah gambar di bawah:



Kemudian kami keluar bersama Kak Nani ke Kota Bharu (KB Mall), Tanah Merah (rumah nenek Fakhrol).Selepas puas berjalan, kami pulang ke rumah Kak Nani. Petang itu, aku dan Khaliq mengambil peluang untuk tidur manakala Farhan, Fakhrol dan Zura bersembang dengan keluarga Kak Nani. Malam itu selepas Isyak kami pun bertolak pulang ke UMP dan menjejakkan kaki ke bumi UMP pada pukul 3 pagi.

1 comments:

norizansyahnan said...

last photo...sangat3 cantik~!