Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada bakal-bakal jenazah sekalian,
tadi aku baru selesai menonton cerita hangat TV3 sekarang ini yang baru sahaja menutup tirai episod terakhirnya petang tadi.Cerita yang aku maksudkan ialah "ADAMAYA",sebuah kisah percintaan tiga segi di antara Adam, Maya dan Dani.
Permulaan kisah ini adalah Maya merupakan kekasih Dani,namun ditakdirkan untuk berkahwin dengan Adam. Walaupun telah berkahwin dengan Adam, Maya masih lagi mencintai Dani walaupun sehingga menpunyai seorang anak perempuan comel bernama Amani. Dani pula masih tidak putus-putus merayu pada Maya agar meninggalkan Adam. Kisah ini yang boleh diambil pengajarannya ialah sifat kesabaran Adam dengan sifat Maya yang tidak pernah menghargai cinta Adam, suaminya sendiri padanya.Sebaliknya dia terus menagih kasih dari Dani. Ada satu episod di mana Maya ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama bersama Dani dan Adamlah yang dengan "muka tebal" pergi menjemputnya. Episod akhir kisah ini tamat dengan Maya sedar atas kesalahannya pada Adam dan kembali kepanggkuan suaminya dan memutuskan hubungannya dengan Dani. Dani pula menjadi gila bayang yang hanya nampak akan wajah Maya pada semua wanita yang ditemuinya.
Yang membuatkan aku berminat untuk menulis tentang kisah ini ialah apakah suatu percintaan itu harus sampai begitu sekali? Sehingga ingin memporak perandakan keluarga orang lain? Dani bagiku adalah satu watak yang memalukan dan menyedihkan bagi seorang lelaki. Bercinta itu satu fitrah namun bukan fitrah yang menyakitkan orang lain. Sudahlah keluarga yang dahulu tidak tahu dijaganya, malah merosakkan hubungan suami isteri antara Adam & Maya. Dia "terlalu" mencintai Maya sehingga jadi gila apabila Maya meninggalkannya. Sedihnya dengan sifatnya.
Ya Allah
Jauhkan aku dari sifat sebegitu
Aku hanya hambaMu yang biasa
Ingin merasai perasaan mencintai dan dicintai
Tetapi jangan Kau jadikan aku mendambakan cinta seorang wanita yang tidak halal bagiku sampai begitu sekali
CintaMu pun aku masih tercari-cari lagi
Untuk Adam pula, sesungguhnya sifat sabarnya harus dicontohi oleh para lelaki. Itulah menunjukkan mengapa kuasa talak diletakkan atas tangan suami. Adam masih mampu membuat keputusan rasional walaupun Maya ditangkap khalwat. Dia masih mampu bersabar dengan sikap Maya yang tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya pada Maya. Dia masih mampu memikirkan perasaan cintanya pada Maya walaupun Maya mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan seorang ibu. Dan juga sikap pemaafnya yang sedia memaafkan Maya walaupun begitu banyak kesalahan Maya padanya.
Ya Tuhanku,
aku hanya insan biasa
yang tahu apa itu perasaan marah & benci
namun berikan aku kekuatan untuk bersabar dalam tindakanku
bukakan pintu hatiku untuk memaafkan
walaupun aku tahu kadang-kala hati ini tidak mahu memaafkan
2 comments:
Hensemnya adam.haha =p
watak adam dlm citer ni adalah cth...hehe
Post a Comment