Sepatutnya sekarang ini aku sepatutnya sibuk belajar untuk persediaan peperiksaan akhir semester pendekku dan menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh yang diperlukan diselesaikan dalam 24 jam ini. Namun, aku berasa sangat sedih, kecewa, penat. Semuanya.
Tetapi sekarang ini, aku tiada orang yang boleh aku bercerita biarlah aku ceritakan pada Cik Blog.hehe.
Reputasi "Kanak-kanak Riang"ku kian tercalar kini. Banyak masalah yang hadir sehinggakan aku rasa sukarnya nak jadi riang. Hahaha. Boleh tak kalau nak rasa begitu? Aku kisahkan segalanya di sini. Selepas kembali dari perkhemahan @ program mendaki Gunung Stong, mood aku sangat tidak ok. Rasa marah yang tiada alasannya. Menyebabkan aku cuma bermuram wajah, sepi tanpa kata-kata, tanpa secalit senyuman.Tetapi kadang-kadang itu, bila bersama kembar-kembarku sahaja aku boleh senyum dan ketawa. Selain dari itu, tiada apa yang ingin aku katakan walaupun banyak yang menegurku. Tidakku sangka perlakuanku hari itu membuatkan begitu ramai pihak yang berkecil hati. AJK Khidmat Komuniti, adik-beradik MPP, kawan-kawanku. Selepas ditegur oleh kawanku, "Yien tak rasa ke orang lain kena tempiasnya juga?".
Bila kuanggap segalanya telah selesai, baru ku sedari yang aku juga telah membuat orang lain berkecil hati denganku. Aku lupa yang dia memang selalu prihatin pasal aku, tetapi bila ditanya, aku jawab macam tak nak je.
Sekarang ini, tak habis dengan masalah itu, masalah baru timbul. Kerja yang bertimbun yang perlu diselesaikan dalam masa 24 jam dari sekarang. Mesyuarat tanpa henti menyebabkan minit bertambah.(Aku kn SU?Hahaha). Perancangan gerak kerja untuk pembentangan Khidmat Komuniti. Kemudian aku harus berjuang untuk peperiksaan akhir pada hari Isnin (28 Jun) ini. Namun, apalah sangat kerja aku ini jika dibandingkan dengan kerja yang Nadia (Setiausaha MPP @MINDS) yang jauh lebih berat tekanan kerja. Aku bahagia lagi sebab tak sangat banyak kerja lagi berbanding dia. Dengan kerja yang bertimbun ini, aku terpaksa menarik diri daripada program motivasi bersama pelajar MRSM dan menyebabkan secara rasminya program ketiga aku tidak bersama kembar-kembarku. Sedihnya rasa hati sekarang. Tetapi takpe kot, sebab aku tahu aku kanak-kanak riang. Boleh tersenyum lagi.
Aku ada dua pesanan yang aku ingat setiap kali ujian sebegini hadir.
"Yien kan kuat? Kerja ini amanah dari Allah,belajar pula amanah dari ibu bapa. InsyaAllah Yien boleh."
"Anggaplah semua ini ujian dari Allah sebab Dia tahu Yien mampu menggalasnya"
Apakah aku benar-benar kuat seperti mana yang dikatakan oleh orang pertama?Aku tahu semua ini amanah. Cuma aku kurang yakin dengan kekuatanku.Untuk yang kedua, aku tahu juga yang semua ini adalah ujian dariNya,namun aku hanya insan yang lemah.(walaupun aku lelaki).Aku hanya mampu merancang,selebihnya Allah yang menentukan sebab Dia memang tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.
PS:maaflah jika post kali ini bernada sedih,sebab memang aku tengah tak ok sekarang ini.huhuhuhu.Inilah kehidupan.Kecewa dan kesedihan itu tidak dapat diasingkan daripada kehidupan.
1 comments:
gud lak! ganbatte kudasai!
nt jgn lupa post pasal khidmat komuniti k?
Post a Comment