Featured Article

Wednesday, January 20, 2010

siapakah dirimu wahai aisyah?

Assalamualaikum
Post kali ni aku nk tulis pasal seorang sahabat aku yang aku tak kenal pn sape dier
Apa yg aku tau tentang dia ialah dia student UMP,Kimia(xtau Pure@Gas@Biotech) Tahun 2.
Namanya AISYAH
Orangnya tak pernah kutemui
Aku berkenalan dengannya melalui phone
sesungguhnya aku tak tau bnyk psl dia tp bnyk dia tahu psl aku
Dia selalu bercerita ngn aku
Dia bg semangat pd aku
Misalnya masa aku bagi dier sebab nape aku tolak jawatan _ _ _
senang2 je dier patahkan alasan2 aku dgn hujah2 dier
huhuhu
pandainyer dier
aku tabik la ngan dier
aku harap keputusan aku xkecewekan dier

Ni antare perdebatan aku ngan dier:
1.Yien tak suke bab-bab politik ni.Yien tak nafikan kita tak perlu libatkan diri tapi at least kene tau.Tu yang mlas 2.
jawapan dia:Dalam dunia ni politik tu tak leh nak lari.Pembahagian pusaka pun ada agenda politisme tersendiri.Keluarga pn politik._ _ _ merupakan platform terbaik untk membentuk diri jadi lebih baik.Kita ni bagaikan objek,klau takde force susah nak digerakkan.

2.Yien nk jd mcm taqi.Klau Aisyah kenal dier,dier pemimpin yg bgs walaupn dier bkn mpp.
jawapan dia:taqi tu orng yg bertuah meskipun dia xambk daya untk bergerak tapi ade angin kencang untk gerakkan dia di samping layar iman n takwa yg memandu dia.Tp xsmua insan diberi anugerah mcm 2.

3.Yien nk jd mcm Law kok Sin.Klau Aisyah kenal dier,dier pemimpin yg sistematik.Setiap bende yg dirancang dengan teliti.Klau ade yang xjadi,dier x ade backup plan.
jawapan dier:Yien ade tnyer tak background law dulu?dier dulu dah pegang jawatan.Dari situ dier belajar setapak demi setapak.Walhal dier cube nasib ngan mencabar diri bertanding untk MPP.

4.yien syng kwn2 yien.yien xnk kene g mjlis2 yg kene tnjuk muke je dr bergembire ngn kawan2.Yien pn xsuke sgt event2 formal ni(walaupun aku agk suke pkai formal.sebab aku nmpk hensem.yg ni xckp la.saje tambah.hahaha)
jawapan dia:dalm hidup kita,kita perlu wat keputusan sama ade sedar @ tak.Silap.kita sebenarnyer boleh memilih keputusan.Yang membuat keputusan yang Maha Bijaksana. X semestinya jalan kesibukan yang kita pilih membawa keputusan yang juga sibuk.Klau Allah nk kita happy je xde la Dia ltk kita kt dunia.Baik ltk kt syurga.

5.Yien pling bnci orng knl yien sebab jawatan.Yien xksh klau orng knl yien sbb "muke cafe"@"suke lepak ngan pompuan".
jawapan dia:tak mau dikenali dgn amalan yang baik tapi xkisah dikenali dengan amalan yang kurang baik?yien ingt bagus ke macam 2?sepatutnya yien bersyukur sebab kewibawaan dan status tu,yien dipandang dan dijadikan contoh dan ikutan.dpt pahala.Klau yien dikenali dengan amalan yg xbaik, n orng jdkn yien cnth ikutan,pe yg yien dpt selain dosa?

6.mcm mane yien nk jd pemimpin klau agama pn tunggang langgang?subuh pn slalu agak lewat.
jawapan dia:yien ingt yien xjd mpp tu,solat awl ke?aisyah rs lg lmbt kot.klau dh jd pemimpin ni yien akn force doiri yien untk jd lg baik.sebab rs diperhatikan.mngkn terasa kertepaksaan mule2,tp nnt alah bisa tegar biasa la.sendiri2 pelan2 yien akn beruynah untk jd lbh baik dgn sendiri.mngkn sbb 1st2 rs diperhatikan tp lame2 diprhatikan oleh Dia,yang Maha Melihat.

Smuanya tetap bergantung pd Yien.Walau ade berjuta suara pn yg srh Yien untk jd _ _ _,klau Yien ttp xnk,ape leh buat kn?Tp pkir la manfaat n musibahnya.Pilihlah dengan akal bkn dengan nafsu.

Hebatkan dia?Huhuhu.aku dh xtau nk blas ape.huhuhu
thanks aisyah sbb bg sokongan pd yien

Wednesday, January 13, 2010

Apa yang nak jadi dengan anak-anak sekarang?

Assalamualaikum
Hari ini aku nak jadi emotional banyak.Ni semua pasal news yang aku baca masa kelas HCI(bdk komputer tau).

"Buang ayah tepi jalan"

ni gambar pak cik yang anak dia buang kat sekolah tu


Itulah tajuknya.Apa nak jadi ngan dunia skang ni?Ayah yang baru je lepas pembedahan dibuang di tepi jalan.Kau ingat bapak kau tu ape?

BODOH,BANGANG,BAHLUL

Ye,itulah nama yang aku patut aku panggil kau.Dasar anak derhaka.Kau tak pernah pikir ke betapa susahnya bapak kau nak besarkan kau?Last2 kau buang dia macam tu je???
Memamg dasar anak derhaka.Kalau ditakdirkan kau baca blog aku ni,kau tanya apa hak aku nak marah2 camni?
Suke aku la,ni blog aku.Kedua,aku juga ada bapak and satu hari nanti InsyaAllah aku akan jadi bapak juga.Kau juga bakal jadi bapa satu hari nanti.nanti kalau anak kau buang kau plak?Pikir la.
Kau ni mesti jenis orang tak pernah tengok iklan petronas kan?Sian2.Ambik la ikhtibar dari iklan tu.

Sape yang besarkan kau?
Sapa yang sayangkan kau sebelum kau lahir lagi?
Sape yang ajar kau naik basikal?
Sape yang hantar kau pergi sekolah?

“Rasulullah S.A.W pernah berkata tentang alamat kiamat, iaitu ibu yang melahirkan tuannya. Ia adalah kata sindiran kepada sikap anak yang derhaka, berlagak seperti tuan dengan memperhamba ibunya."(Dalam kes ni,bapa kau)

Sungguh aku kecewa.Sungguh aku kecewa.

Along sayang abah.

Sunday, January 10, 2010

syukran ya akhowati

ambik kau Dato

Assalamualaikum...
post kali ini ialah khas untuk Zack,Kak Emy,Kak Azie,Kak Kila,Kak Zetty,Kak Nani dan Kak Ijan.
Terima kasih hanya apa yang Yien mampu ucapkan.
Thanks for celebrating me and Khaliq's birthday
Terharu sangat-sangat
Nak nangis ni
tapi dalam bilik sudah la..
hahahaha
Hanya Allah sahaja yang mampu balas
Korang sempurnakan kehidupan Yien kat UMP ni

Ya Allah
Kau temukan aku dengan insan-insan istimewa ini
Aku tahu aku tak mampu membalas jasa mereka
Hanya apa yang aku mampu
Kumohon padaMu
Agar doaku sentiasa bersama mereka



Monday, January 4, 2010

peluang

Assalamualaikum...
Entri kali ini akan menyentuh tentang pengalaman baru yang telah aku peroleh selepas pulang dari kem kepimpinan baru-baru ini.Di dalam salah sebuah LDK,kami telah diminta untuk bercerita tentang diri sendiri.Namun,kisah penceritaan tentang diriku hanyalah seketika sedangkan masih banyak benda yang belum aku ceritakan kerana kehabisan masa berbanding dengan rakan-rakanku yang diberi tempoh yang agak lama.Namun,dari situ,abang Fadzli telah menyedarkan aku tentang erti peluang.
kami diberi peluang untuk tampil ke hadapan untuk berbicara namun aku memilih untuk menjadi antara yang terakhir untuk tampil ke hadapan.Tersiratnya dapat diertikan aku diberi peluang untuk berbicara dahulu namun kubiarkan peluang itu berlalu akhirnya aku kehilangan kelebihan yang ada berbanding sahabat-sahabatku yang lain.
Di sini,Abang Fadzli menjelaskan peluang itu pasti datang tetapi sejauh mana penglihatan anda untuk melihat dan mengambil peluang itu.Bukanlah niatku untuk riak tetapi aku telah ditawarkan untuk menjadi pemimpin sebuah organisasi.Selama ini bila ornag berbicara tentang hal ini,aku hanya menolak.Namun kini,aku tertanya-tanya pada diriku sendiri bahawa adakah peluang sebegini akan muncul lagi?Adakah aku masih akan mendapat kepercayaan dan keyakinan sahabatku seperti ini?Aku masih buntu untuk mencari jawapannya.
Untuk menjadi pemimpin bukanlah sesuatu yang mudah.Aku perhatikan sahabat-sahabatku yang sekarang memang pemimpin-pemimpin muda UMP yang aku sanjungi seperti Law,Taqi,Khaliq,Abang Wan Nazrul Hilmi(bukan nak mengampu ye...) dan ramai lagi dan aku menjadi cemburu.Mereka hebat dalam kepimpinan masing-masing.Mampukah aku menjadi pemimpin seperti mereka?
Aku tahu bahawa setiap insan ada kelebihan dan kekurangan tersendiri namun apabila berkata tentang pemimpin,sifat wajib yang harus ada ialah satu.pandai-pandailah fikir.
"Setiap dari kamu adalah pemimpin"
InsyaAllah aku akan berusaha untuk memperbaiki diriku untuk menjadi pemimpin yang lebih baik dari diriku hari ini.
Powered by Blogger.

Popular Posts