Monday, January 4, 2010

peluang

Assalamualaikum...
Entri kali ini akan menyentuh tentang pengalaman baru yang telah aku peroleh selepas pulang dari kem kepimpinan baru-baru ini.Di dalam salah sebuah LDK,kami telah diminta untuk bercerita tentang diri sendiri.Namun,kisah penceritaan tentang diriku hanyalah seketika sedangkan masih banyak benda yang belum aku ceritakan kerana kehabisan masa berbanding dengan rakan-rakanku yang diberi tempoh yang agak lama.Namun,dari situ,abang Fadzli telah menyedarkan aku tentang erti peluang.
kami diberi peluang untuk tampil ke hadapan untuk berbicara namun aku memilih untuk menjadi antara yang terakhir untuk tampil ke hadapan.Tersiratnya dapat diertikan aku diberi peluang untuk berbicara dahulu namun kubiarkan peluang itu berlalu akhirnya aku kehilangan kelebihan yang ada berbanding sahabat-sahabatku yang lain.
Di sini,Abang Fadzli menjelaskan peluang itu pasti datang tetapi sejauh mana penglihatan anda untuk melihat dan mengambil peluang itu.Bukanlah niatku untuk riak tetapi aku telah ditawarkan untuk menjadi pemimpin sebuah organisasi.Selama ini bila ornag berbicara tentang hal ini,aku hanya menolak.Namun kini,aku tertanya-tanya pada diriku sendiri bahawa adakah peluang sebegini akan muncul lagi?Adakah aku masih akan mendapat kepercayaan dan keyakinan sahabatku seperti ini?Aku masih buntu untuk mencari jawapannya.
Untuk menjadi pemimpin bukanlah sesuatu yang mudah.Aku perhatikan sahabat-sahabatku yang sekarang memang pemimpin-pemimpin muda UMP yang aku sanjungi seperti Law,Taqi,Khaliq,Abang Wan Nazrul Hilmi(bukan nak mengampu ye...) dan ramai lagi dan aku menjadi cemburu.Mereka hebat dalam kepimpinan masing-masing.Mampukah aku menjadi pemimpin seperti mereka?
Aku tahu bahawa setiap insan ada kelebihan dan kekurangan tersendiri namun apabila berkata tentang pemimpin,sifat wajib yang harus ada ialah satu.pandai-pandailah fikir.
"Setiap dari kamu adalah pemimpin"
InsyaAllah aku akan berusaha untuk memperbaiki diriku untuk menjadi pemimpin yang lebih baik dari diriku hari ini.