Featured Article

Thursday, May 13, 2010

haruskah sampai begitu?




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada bakal-bakal jenazah sekalian,
tadi aku baru selesai menonton cerita hangat TV3 sekarang ini yang baru sahaja menutup tirai episod terakhirnya petang tadi.Cerita yang aku maksudkan ialah "ADAMAYA",sebuah kisah percintaan tiga segi di antara Adam, Maya dan Dani.

Permulaan kisah ini adalah Maya merupakan kekasih Dani,namun ditakdirkan untuk berkahwin dengan Adam. Walaupun telah berkahwin dengan Adam, Maya masih lagi mencintai Dani walaupun sehingga menpunyai seorang anak perempuan comel bernama Amani. Dani pula masih tidak putus-putus merayu pada Maya agar meninggalkan Adam. Kisah ini yang boleh diambil pengajarannya ialah sifat kesabaran Adam dengan sifat Maya yang tidak pernah menghargai cinta Adam, suaminya sendiri padanya.Sebaliknya dia terus menagih kasih dari Dani. Ada satu episod di mana Maya ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama bersama Dani dan Adamlah yang dengan "muka tebal" pergi menjemputnya. Episod akhir kisah ini tamat dengan Maya sedar atas kesalahannya pada Adam dan kembali kepanggkuan suaminya dan memutuskan hubungannya dengan Dani. Dani pula menjadi gila bayang yang hanya nampak akan wajah Maya pada semua wanita yang ditemuinya.



Yang membuatkan aku berminat untuk menulis tentang kisah ini ialah apakah suatu percintaan itu harus sampai begitu sekali? Sehingga ingin memporak perandakan keluarga orang lain? Dani bagiku adalah satu watak yang memalukan dan menyedihkan bagi seorang lelaki. Bercinta itu satu fitrah namun bukan fitrah yang menyakitkan orang lain. Sudahlah keluarga yang dahulu tidak tahu dijaganya, malah merosakkan hubungan suami isteri antara Adam & Maya. Dia "terlalu" mencintai Maya sehingga jadi gila apabila Maya meninggalkannya. Sedihnya dengan sifatnya.


Ya Allah
Jauhkan aku dari sifat sebegitu
Aku hanya hambaMu yang biasa
Ingin merasai perasaan mencintai dan dicintai
Tetapi jangan Kau jadikan aku mendambakan cinta seorang wanita yang tidak halal bagiku sampai begitu sekali
CintaMu pun aku masih tercari-cari lagi



Untuk Adam pula, sesungguhnya sifat sabarnya harus dicontohi oleh para lelaki. Itulah menunjukkan mengapa kuasa talak diletakkan atas tangan suami. Adam masih mampu membuat keputusan rasional walaupun Maya ditangkap khalwat. Dia masih mampu bersabar dengan sikap Maya yang tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya pada Maya. Dia masih mampu memikirkan perasaan cintanya pada Maya walaupun Maya mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan seorang ibu. Dan juga sikap pemaafnya yang sedia memaafkan Maya walaupun begitu banyak kesalahan Maya padanya.


Ya Tuhanku,
aku hanya insan biasa
yang tahu apa itu perasaan marah & benci
namun berikan aku kekuatan untuk bersabar dalam tindakanku
bukakan pintu hatiku untuk memaafkan
walaupun aku tahu kadang-kala hati ini tidak mahu memaafkan

Saturday, May 1, 2010

Di mana ada pertemuan, di situ ada perpisahan

Assalamualaikum kepada bakal-bakal jenazah sekalian

Hari semakin hampir untuk tamat sesi semester 2009/2010. Aku masih lagi mempunyai satu kertas peperiksaan pada hari Isnin nanti.Masih ada rakan-rakanku yang masih juga berjuang pada minggu hadapan untuk kertas-kertas terakhir mereka.Namun, UMP yang seminggu lalu masih riuh rendah dengan perbualan penghuninya di blok-blok kediaman dan di kafeteria, kini kian sunyi dengan kepulangan warganya ke kampung halaman setelah berhempas pulas dengan peperiksaan akhir mereka. Aku dan beberapa sahabat kemungkinan masih akan "terperangkap" di UMP ini atas urusan yang masih tidak selesai. (Sedihnya...)

Namun, nukilan ini bukanlah untuk aku menceritakan tentang UMP yang kian menyepi, namun tentang perpisahan yang akan aku alami beberapa ketika nanti. Setiap yang bertemu, pasti akan berpisah. Itulah lumrah kehidupan di dunia ini. Dan itulah yang akan aku alami. Kebanyakan kakak-kakakku dan abang-abangku dari Tahun 3 Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian akan meninggalkanku setelah tamatnya sesi ini. Mungkin selepas tamat exam, mereka akan hadir ke UMP semula untuk sesi 3P, namun selepas itu aku bakal berpisah dengan mereka semua untuk mereka menempuh haluan hidup baru masing-masing. Jika panjang umur, aku sentiasa akan berdoa untuk dapat berjumpa mereka satu hari nanti lagi.(Dalam ni aku banyak cter pasal akak-akakku je.Abang tak banyak kenangan sangat.huhuu)

Terlalu indah kenangan-kenangan bersama mereka. Mungkin bukan semua, namun saat-saat bersama mereka selalunya tidak pernah lokek dengan kegembiraan. Bukan semua orang berpeluang ada akak yang ramai macam aku, semua baik-baik denganku. Mungkin ada yang pernah memarahiku, namun semua itu untuk kebaikanku. Mereka tidak pernah lokek ilmu denganku. Sentiasa membantu aku tatkala aku berada di dalam masalah, sama ada akademik mahupun emosi.(hehehe...)

Aku bersyukur aku di"hantar" ke UMP ini kerana di sini begitu banyak nikmat yang Allah beri untuku. Aku dipertemukan dengan kakak-kakakku yang cantik, yang ayu, yang comel, yang baik, yang jujur, yang solehah yang sentiasa menasihatiku. Korang ada ke akak macam akak-akak aku tu? Hahaha...

Di sini,Yien ingin ucapkan ucapan terima kasih kepada akak-akak Yien semua yang sentiasa mengisi kenangan terindah Yien di UMP ni. Yang sentiasa bersama Yien di cafe, di program, yang melayan gurauan-gurauan mengada Yien. Terima kasih atas semua kenangan itu. Yien juga ingin memohon maaf atas semua kesilapan Yien yang Yien pernah buat pada korang.Yien tak pernah berniat untuk sakitkan hati korang.Cuma mungkin Yien tak sedar yang kadang kala tindakan Yien akan melukai hati korang. Yien sayang akak-akak Yien.Hehehe...

Di sini disertakan beberapa koleksi gambar akak-akakku yang comel,lawa,ayu yang aku ada.Maaf bagi sesiapa yang tiada.Boleh send pada Yien gambar then nanti Yien uploadkan kat blog ni.

Dari kiri: Kak Ijan (Genius Photoshop), Kak Lida, Kak Sarah (Kak No 2) & Kak Siti.Yang belakang tu, Dato K. Gambar ni diambil masa aku tengah outing ngan dato terserempak ngan gadis empat orang ni tengah main boling.



Dari kanan: Kak Aimie, Kak Akila, & Kak Aisyah.Gambar ni diambil masa dinner PETAKOM yang aku datang sebab ganti Kak Zetty. Balik dinner tu aku kene temuduga nape taknak tegur seseorang kat dinner tu.hahaha.



Kak Mar (kiri) Fatem.Diambil masa lepak kat fakulti. Fatem bukan akak aku sebab dia tua setahun je dari aku,so tak panggil dia akak.



Kak Dayang (kanan) & Kak Liana. Diambil masa majlis kahwin Abang Wan Nazrul Helmy tersayang (not in the picture). Aku tak rapat sangat ngan dua orang ni tapi dorang tetap mesra dengan aku.



Dari kiri:Kak Nani, Kak Akila, Kak Ijan, Kak Azie, Kak Zetty & Kak Emy. Yang ke enam-enam ni akak In-Smartive aku.Semua aku kenal & rapat sejak aku masuk Kelab In-Smartive. Kak Nani aku tak yah nak susah-susah rindu lagi sebab dia sama kelas ngan aku lagi sem depan,insyaAllah. Jangan marah Kak Nani.



Kak Nad & Akak Sexy (bukan nama sebenar). Aku tak ingat plak apa nama akak ni yang sebenar sebab aku memang panggil dia Akak Sexy kalau aku jumpa dia. Dia plak panggil aku Budak Roti.



Kak Izzah.Diambil masa wedding Abang Wan gak masa Kak Izzah jadi MC.



Ni bukan gambar scandal ok?Yang ini Kak Bahiyah atau lebih famous dikenali sebagai Kak B. Gambar ini diambil selepas dinner PETAKOM. Yang paling penting,aku handsome kan dengan penampilan sebegitu?hahaha....

PS:
1.Kepada insan-insan yang tiada di dalam ini, Yien minta maaf sebab Yien tiada gambar korang.
2.Yien ingin ucapkan sekali lagi atas segala kenangan yang ada bersama korang.
3.Yien minta maaf jua atas segala kesalahan Yien pada korang. Halalkan apa yang korang belanja Yien.
4.Post ni khas untuk pelajar Tahun 3 FSKKP sahaja. Akak-akakku yang lain,insyaAllah satu masa nanti.
Powered by Blogger.

Popular Posts