Wednesday, July 27, 2011

Mendaftar masuk ke Universiti




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian, beberapa hari lagi saya akan mendaftar masuk ke universiti. Ya, UNIVERSITI. Universiti baru yang istimewa buat semua umat Islam di seluruh dunia. Nama universiti saya ialah UNIVERSITI RAMADHAN. Kemasukan ke sekolah saya ini dinantikan oleh setiap umat yang beragama Islam. Lebih daripada menanti kemasukan ke University Harvard.

Sesungguhnya UNIVERSITI RAMADHAN adalah satu-satunya universiti di dunia yang paling singkat tempoh pembelajarannya iaitu selama 30 hari sahaja. Hari konvokasyen university saya sungguh unik namanya. LAILATUL QADAR. Bagi sesiapa yang dapat “merasai” hari konvokasyen tersebut, maka sesungguhnya dialah insan yang paling beruntung.

“Sesungguhnya malam tersebut adalah lebih baik daripada seribu bulan” Surah Al-Qadr:3

Jadi dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat masuk ke UNIVERSITI RAMADHAN

2 comments:

WaFa' aN-NiSa' said...

selamat menjalani ibadah berpuasa..smga sgla amalan dbulan yg mulia itu dtrma Allah insyaAllah

Seven said...

insyaAllah..sama2 kita mendaftar msuk ke universiti ramadhan..hehhee