Assalamualaikum kepada pembaca sekalian
Setelah beberapa lama mencari ketenangan dan idea untuk menulis, aku teringat akan soalan seorang sahabatku. “Bagi Yien, mana yang lebih baik? Bercinta sebelum kahwin atau bercinta selepas kahwin?”
Sejujurnya sukar soalan itu untuk menjawabnya kerana tiada pengalaman dalam kedua-dua bahagian. Aku tidak pernah bercinta dengan sesiapa yang mempunyai perasaan yang sama kepadaku. Dan aku memang tak pernah berkahwin. Jadi, apa jawapan yang mampu kuberikan kepadanya hanyalah berdasarkan teori dan pemerhatian daripada orang lain. Bagi diriku, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Sama ada bercinta sebelum berkahwin ataupun selepas berkahwin. Jadi aku dahulukan selepas berkahwin dahulu.
Untuk pasangan yang bercinta selepas berkahwin, aku dahulukan dengan ucapan tahniah kerana telah melengkapkan sebahagian daripada agamamu. Kamu telah mengejar apa yang dikatakan permulaan kehidupan percintaan kamu dengan cara misteri. Misteri kerana kamu tidak pernah mengenali pasanganmu dan kamu akan mengenali rahsia pasanganmu perlahan-lahan sepanjang perkahwinan kamu. Bak kata Fatimah Syarha, “Bila bercinta selepas kahwin, rasa meletup perasaan cinta itu.” Kerana semuanya telah halal antara kau dan dia. Perasaan rindu pada isteri atau suami menjadi pahala percuma. Boleh tulis “SAYA CINTAKAN KAMU WAHAI ISTERIKU, ______” di status Facebook tanpa segan silu dan orang yang membacanya pasti mencemburi kamu.
Namun, kekurangannya ialah di saat kita menemui kelemahan pasangan itu. Andai bila kurangnya rasional dan toleransi, akibatnya ialah pergaduhan. Walaupun alasannya kadang kala begitu remeh pada pandangan orang lain. Akibatnya, terjadilah penceraian, sesuatu yang dibenci oleh Allah. Dan secara realitinya, statistik penceraian di Malaysia kian meningkat saban tahun. Dan bertukarlah status kepada duda dan janda.
Bagi mereka yang sedang hangat bercinta tetapi belum berkahwin, aku juga ucapkan tahniah kepada kamu. Cuma pesananku ialah hendaklah kalian menjaga diri kamu dan pasangan kamu. Ikhlas dan jujurlah pada dia. Jika kamu ikhlas menyayangi dia, kamu tidak akan menyakitinya. Jika kamu jujur padanya, kamu tidak akan berpaling tadah kepadanya.
Tidak dinafikan, hubungan kamu juga akan bergolak seperti mereka yang telah berkahwin. Pasti ada pergaduhan, adegan merajuk dan memujuk. Namun andainya kamu berpisah, status kamu tetap sama dan tidak berubah. Namun, keindahan percintaan itu adalah lebih pada perkahwinan, kerana selepas akad nikah itu, segalanya adalah pahala. Setiap mesej rindu dan cinta yang kamu lafazkan kepada suami atau isterimu itu menjadi pahala.
Maaf wahai sabahatku, andai jawapan ini tidak mencapai kepuasan hati kalian. Kerana seperti yang aku katakana sebelum ini, aku tiada pengalaman dalam mana-mana bahagian.
0 comments:
Post a Comment