Monday, January 3, 2011

Setiap yang manis pasti ada pahitnya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sedar atau tidak sudah 10 hari kita memasuki tahun 2011. Kenangan terawal pada tahun baru ini ialah aku dilanda demam panas yang teruk pada 2 hari pertama tahun baru. Bangun sahaja pada pagi Sabtu 1 Jan itu, aku langsung tak mampu untuk menggerakkan badanku. Menyebabkan aku hanya terbaring di atas tilam. Bangun pun hanya untuk melaksanakan tugasan wajib. Selepas itu, aku akan kembali baring. Tak mampu, walaupun hanya untuk duduk. Nak makan pun tak mampu. Dah tengah malam baru terjaga untuk makan roti 4 keping. Huhu. Hari kedua pun teruk juga. Setelah merasakan badan sihat sedikit, aku turun ke cafeteria untuk membeli makanan tengah hari. Apabila aku menjamah makanan tersebut, nasi tersebut berasa sungguh tawar dan teh ais yang kubeli pun rasa pahit sangat. Selepas itu, aku terus tiada selera untuk makan lagi. Jadi aku mengambil keputusan untuk terus berehat dan bangun bila perlu sahaja.

Dan alhamdulillah, setelah dua hari bertarung dengan demam, aku kembali sihat, walaupun bukan sepenuhnya lagi. Cuma batuk dan selsema masih belum hilang lagi. InsyaAllah sembuh la nanti ni. Di sini jug aku ingin mengucapkan terima kasih kepada insan-insan yang prihatin semasa aku demam. Thanks sebab sayangkan yien. Hehe.

Dan ketika itu baru kita akan menghargai setiap saat kita sihat. Dengan melalui kesakitan yang Allah kurniakan. Baru ketika itu, sukarnya untuk berbuat apa – apa ketika sakit. Bersumberkan daripada artikel di www.iluvislam.com, sakit itu adalah merupakan salah satu cara Allah menggugurkan dosa –dosa kita. Ya, setiap manusia tidak pernah lari daripada membuat dosa dan kesilapan, apatah lagi insan yang lemah lagi hina seperti diriku ini.

Ya Allah, Kau yang memberikan aku kenikmatan kesihatan dan Kau juga yang memberikan aku kenikmatan kesakitan. Jika dosa – dosaku yang menggunung tinggi itu terhapus dengan setiap kesakitan itu, aku redha. Dosaku padaMu terlalu banyak.

0 comments: