Assalamualikum dan salam sejahtera,
Betul kata orang, “Tersenyum tak bererti bahagia, muram tak bererti sedih” tetapi aku lebih sukakan ayat “Senyuman dalam kesedihan memberi 1001 persoalan untuk ditafsirkan tetapi senyuman dalam kegembiraan memberi 1001 jawapan kepada persoalan.”
Kawanku pernah menyatakan “feeling alone among friends are the worst feeling in the world”. Aku akui memang bila kita berasa keseorangan itu suatu perasaan yang sungguh menyakitkan, namun itu bukanlah perasaan yang paling teruk.
Pelik bukan? Walaupun di kelilingi rakan – rakan, perasaan keseorangan itu tetap terasa. Aku boleh tersenyum, aku boleh tertawa bila bersama sahabat-sahabatku, namun, perasaan keseorangan itu tetap kurasai. Sukar untuk aku menepis perasaan itu. Walaupun aku tahu, sebenarnya aku ada orang yang akan ada bersamaku, namun, entah bagaimana perasaan itu tetap hadir.
Ya Allah, tidak mengapa rasanya jika mereka semua tinggalkan aku asalkan Kau tetap bersamaku. Namun, aku merayu padaMu agar hati ini kembali tenang. Kerana hampir setiap masa kini bila aku berseorangan, aku memang merasa sangat bersendirian. Apakah hatiku telah dipenuhi kegelapan seperti dahulu sehingga aku tidak lagi mampu merasai ketenangan? Aku merayu kepadaMu, tutupkanlah pintu hatiku daripada kembali dunia kegelapanku. Tunjukkan aku jalan lurusMu, jalan yang Kau redhai. Ampunkanlah dosaku ya Allah.
2 comments:
Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair n' never loose hope
Cos' Allah is always by your side..
yien msti penh dgr lagu nih kn..
so applykn..
yakin bhw Allah sntiasa ada d sisi, wlpn semua org tgglkn kite.
hny 1 yg akn kekal selamanya dan xpenh meninggalkn kite.
so, dont feel alone.
ALLAH IS ALWIZ BY YOUR SIDE. :)
u r not alone my fren..=)
Post a Comment