Thursday, December 16, 2010

Tahu buat, tak tahu jaga

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blogku

Tajuk kali ini ingin membincangkan tajuk yang diberi oleh seorang penulis terkenal kepadaku. Tajuknya ialah “Tahu buat, tak tahu jaga”. Tajuk ini merujuk kepada kes pembuangan bayi yang kian menjadi-jadi. Baru hari ini dalam surat khabar Metro (16 Disember 2010), menyatakan Selangor mencatatkan ststistik tertinggi untu kes buang bayi diikuti oleh Johor. Segelintir remaja kini terus hanyut dengan nafsu. Percaya bahawa “demi cintaku padamu, segalanya akan kuserahkan”.

Wahai lelaki,

Bukankah kita sepatutnya melindungi kaum Hawa? Kita dikurniakan 9 akal 1 nafsu. Namun 1 itulah yang terus menewaskan kita. “Jika betul awak sayangkan saya, buktikan.” Mengapa mahkotanya perlu diserahkan sebagai tanda cintanya padamu? Mengapa kamu sanggup untuk menyentuh si gadis walaupun kamu tahu dia tidak halal untuk kamu? Berpegangan tangan dikatakan romantic, konon. Itulah permulaan segalanya. Mulanya berpegangan tangan. Ketika itu, rasanya seperti sudah mampu terbang ke langit. Lama kelamaan, rasa itu hilang. Tangan kamu “merantau” lebih jauh supaya kamu berasa di awangan lagi. Akhirnya, kamu tewas dan menariknya sekali ke lembah zina.

Wahai lelaki,

Ketika bercinta, kau janjikan bermacam-macam. “Lautan api sanggupku redah”. Kepala hotak kau. Takat air mendidih pun tak sanggup nak sentuh, inikan lagi lautan berapi. Ungkapanmu manis umpama “menanam tebu dibibir”. Setelah kau dapat apa yang kau inginkan, kau tinggalkan dia terkapai-kapai. Mengapa ungkapan sayang yang kau ucapkan tak seperti perbuatan yang kau tunjukkan? Mengapa jika kau sayang dia, kau gunakan dia untuk puaskan nafsu serakahmu? Tidak terbayangkah engkau yang dia mencintamu sepenuh hatinya ikhlas, namun kau mencintainya sekadar kerana tubuhnya?

Sedarlah wahai para lelaki sekalian, marilah kita bangkit dari kealpaan kita. Marilah kita belajar menggunakan 9 akal kita untuk mengawal nafsu yang satu itu. Marilah kita belajar menegakkan agama dalam jiwa kelakian kita agar kaum Hawa boleh merasa bangga dengan kaum Adam seperti zaman Rasulullah dulu.


Wahai perempuan,

Kamulah kelemahan kami yang satu. Wajahmu yang cantik mampu menggetarkan jiwa, gerak lenggokmu mampu menawan hati, suaramu yang lembut mampu mencairkan hati. Kau diciptakan dengan penuh kelembutan disebalik kekuatan yang tersembunyi. Namun, kekuatan tersembunyi itu gagal mempertahankan dirimu hingga akhirnya kau tersungkur dengan ayat-ayat bunga daripada lelaki. Kau cintakan dia “100 %” hingga sanggup menyerahkan segalanya demi cintamu.

Dia kata dia cinta padamu. Kau percaya. Dia kata dia ingin mengawinimu. Kau percaya. Dia kata buktikan sejauh mana cintamu padanya. Mengapa kau serahkan tubuhmu untuk membuktikannya? Tak boleh ke cakap “sejauh mata memandang”?

Wahai perempuan,

Setelah kau mengandung akibat perbuatanmu dengannya, kau ditinggalkan. Ketika itu baru kau sedar siapa dirinya. Baru kau sedar bahawa kau bodoh kerana mempercayai seorang lelaki. Baru kau berasa bedosa. Dan kau rasakan anak dalam kandunganmu itu tak patut hidup. Lalu kau gugurkannya. Kau buang dia umpama sampah. Kau tinggalkan dia dimamah binatang liar. Kau tahu apa yang orang samakan dirimu ketika itu. Perbuatanmu itu umpama binatang. Namun jujur aku katakan aku tidak setuju, aku merasakan kau tak layak untuk disamakan dengan binatang kerana semua ibu binatang pun sayangkan anak yang dilahirkannya. Belum ada perkataan yang wujud lagi untuk menyamakan tindakanmu itu.

Seorang anak yang baru lahir itu tidak berdosa. Dia suci. Namun mengapa kau buang dia umpama makanan yang tak habis dimakan? Tidakkah ada walau sedikit rasa kasih pada bayi itu? Allah meletakkan status seorang ibu itu ditahap yang tinggi, namun kau padamkan status itu.

Sedarlah para wanita sekalian, kalian dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal. Namun itu tak bererti kamu lemah. “Tangan yang menyayun buaian mampu menggoncang dunia”. Kembalilah ke jalanNya. Kembalilah belajar untuk menjadi wanita solehah kerana wanita itu adalah perhiasan dan seindah – indah hiasan ialah wanita solehah. Jadilah umpama mutiara yang tersimpan di dasar lautan, bukan umpama baju yang boleh ditukar ganti begitu sahaja.

1 comments:

feify_zainuddin said...

sgat suker bce post kali ni..terharu..ad msg n pgisian yg berguna..sbb geram dan benci dgn kes2 buang baby ni..untuk lelaki di luar sana renung2 kan la...tidak ketinggalan untuk perempuan di luar sana hargai la maruah yg kte ad...dan yg pling penting jgn kite kne ingat bhawa org yg penah wat dosa tu hina sgat..bg pluang untuk mereka di lua sane untuk berubah..biar lah Allah yang menentukan segala nya ats perbuatan mereka itu..sementara kita yg ad ni kne elakkan n amik iktibar dr ape yg terjd...berusaha la untuk mnjauhkan dri dr perkara tersebut dan slalu berdoa kpd Allah djauhkan dr godaan dunia,..pesan sy stu..yg sy ingat n berpegang hingga hari in..'kalau x mampu membahagiakan orang lain sekalipun,jgn lah kite myusahkan orang lain'.