Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blogku sekalian,
Baru lima hari yang lalu aku post entri terakhir, tetapi aku mendapat berita daripada seseorang yang aku ni macam update blog setahun sekali. Sebabnya, aku bukanlah banyak idea seperti insan lain untuk menulis. Idea menulis hanya datang kadang kala. Namun hari ini, satu idea baru untuk kukarangkan muncul setelah aku tidak puas "bergaduh" di ruang Yahoo Messenger. "TOLONG LA YIEN, YIEN TU DAH TUA BANGKA. JANGANLAH NAK PERASAN JADI KANAK-KANAK. GELI TELINGA DENGAR."
Aku TETAP kanak-kanak riang. PRESIDEN PERSATUAN KANAK-KANAK RIANG SEDUNIA. Mengapa? Sebab aku suka sangat pada kanak-kanak. Sebab kanak-kanak itu hatinya suci murni. Boleh membuatkan hati sesiapa sahaja terpikat dengan senyumannya, dengan lagak comelnya. (Yang tak rasa apa-apa tu patut mati je.) Kanak-kanak yang masih lagi belajar erti kehidupan, untuk menemui tujuan hidupnya. Walaupun usiaku pada saat ini ialah 20 tahun 10 bulan, namun kurasakan aku berhak untuk terus gembira seperti kanak-kanak berusia 10 tahun. Yang makan ice cream tak kira masa, yang main lumpur, yang mandi hujan. Apa lagi kanak-kanak selalu buat, aku masih lagi mampu merasai kegembiraannya yang mana kebanyakan orang "dewasa" katakan "Macam budak-budak la" atau "Tak remaja la".Itulah kurangnya sifat seorang dewasa. Mereka "bunuh" sifat kebudak-budakan mereka hanya kerana "Aku dah dewasa sekarang. Tak boleh buat semua tu lagi."
Namun, bukan itu yang ingin aku ceritakan dalam entri kali ini. Impian yang ingin aku capai (yang mungkin jadi,mungkin tak jadi ini) bukan lah impian aku untk mendirikan rumah tangga dengan mendapat isteri yang solehah secepat mungkin (itu memang impian, tetapi boleh tangguh lagi). Tetapi impian untuk menubuhkan sekolah sendiri. Seperti kisah "Epilog Syurga Cinta". Mungkin sesetengah menyatakan bahawa ia membazir sahaja, sebab banyak tempat yang macam itu. Namun, aku inginkan melihat anak-anak itu tersenyum gembira sentiasa. Tempat yang boleh mengajar mereka mengenal cinta dunia selepas cinta akhirat. Tempat yang bukan hanya untuk anak-anak yatim, namun untuk semua anak-anak yang berminat.
Tempat yang akan menjadi taman ilmu untuk melahirkan generasi ilmuan yang akan datang yang bukan hanya bijak dengan ilmu fardhu kifayah, tetapi juga dipenuhi hati mereka dengan ilmu akhirat. Aku tau ia sukar, namun tak salah kita mencuba bukan? Hati manusia memang sukar dijaga. Ia sering berbolak balik. Namun, ia boleh dididik untuk menjadi seketul daging yang baik. Walaupun kita pernah berada di jalan kegelapan, sesungguhnya kita boleh berubah untuk menuju cahaya kebenaran. Sesungguhnya Allah itu sentiasa bersama hamba-hambaNya.
Tempat itu akan kuberi nama " SEKOLAH SRIKANDI HIDAYAH". Mengapa? Rahsianya biarlah tersimpan dalam hatiku buat masa ini. Jika tertubuhnya sekolah itu, baru akanku ukirkankan alasan itu pada dinding sekolah itu.
Itulah impianku. Yang mungkin jadi, mungkin jua tak jadi. Kalau tak dapat bina sekolah macam tu pun tidak mengapa. Sebab biar aku jadikan "Sekolah Srikandi Hidayah" itu dalam jiwaku. Dan jika ditakdirkan Allah, dapatku bina sekolah itu dalam keluagaku sendiri satu hari nanti, insyaAllah (gatai...hahahaha)