Monday, November 2, 2009

apa ertinya?

Assalamualaikum...
Tajuk di atas adalah tentang cinta.Ini tajuk yang agak besar untuk aku tulis.Aku berharap agar apa yang aku bakal tulis jadi peringatan untuk diriku sendiri dan tidaklah menyinggung mana-mana pihak.Aku terfikir untuk menulis tentang post ini atas perbualanku dengan sahabatku beberapa minggu yang lalu.
"Dia dah couple dah.Kau bila plak?"
"Entah"
"Tak rasa tercabar ke?"
"Hahaha"
Sejujurnya aku tidak rasa apa-apa pun.Dan jawapanku untuk persoalannya mudah.
Aku bukan mahu bercouple untuk suka-suka,seperti mana yang telah aku lihat orang di sekelilingku lakukan.Couple tak sampai 2 bulan,putus.Pastu,couple dengan orang baru.
Apakah erti cinta kalau ia begitu mudah ditukar ganti???
Aku ingin bercouple dengan orang yang akan aku jadikan isteriku,menantu untuk ibu bapaku,ibu untuk anak-anakku.Berpandangan jauh?Yes I am.This is crucial.It is about my future,my life.
Aku bukanlah mencari yang sempurna,sebab tiada yang sempurna di dunia ini kecuali Allah.Aku cuma mencari seseorang yang istimewa di mataku.Seseorang yang akan buat aku tersenyum setiap kali aku melihatnya.Seseorang yang membimbingku tatkala aku terpesong.Aku juga insan biasa,insan yang kadang-kala terbabas di selekoh-selekoh kehidupan.
Apa erti orang bercouple sekarang ni?Apakah untuk merasa dikasihi dan mengasihi?Adakah untuk mencari tempat bermanja?Adakah untuk tempat memuaskan nafsu?Kini,ramai pasangan yang aku lihat ketika aku keluar ke bandar berpegangan tangan dan berpelukan tanpa segan silu.Aku pulak yang rasa segan sebab yang berbuat begitu bukan pasangan yang tua,tapi yang muda dan majoritinya pasangan remaja.Tapi kalau orang tua buat macam tu,pelik la plak rasanyer.Hahaha.
Dulu,masa sekolah menengah,cikgu aku ada cerita pasal benda ni.Masa mula-mula bercinta,semuanya indah.Calling setiap malam.Pastu,bila keluar,mula la berpegangan tangan.Masa kali pertama tangan bersentuhan,ketika itu rasa macam dah boleh terbang.Lama-lama rasa terbang dah hilang,mula la tangan untuk meronda lebih jauh.Dan akhirnya kecundang dalam gelora nafsu.Masa tu semua dah terlewat.Syaitan dah gelak macam aku gelak tengok Spontan.Huhu.
Aku ada terbaca dalam buku "Aku Terima Nikahnya " yang menulis tentang pegang tangan ni.
"Semua anak yang dilahirkan ini suci,ibarat kain putih.Setiap ibu bapa menjaganya dengan begitu baik sekali.Tetapi setiap kali kamu menyentuh tangannya,kamu telah mengotorkannya.Tidakkah kamu kasihankan ibunya yang bertarung nyawa melahirkannya sehingga kamu sesuka hati ingin mengotorkan anaknya?".Takut aku baca ayat tu.Teringat aku kat video kelahiran bayi yang aku tengok masa sekolah menengah dulu.Huhu.Dengar si ibu jerit je aku dah tutup telinga.Huhu.Sakitnya hanya seorang ibu je yang tau.

Aku memohon padaMu Ya Allah,jauhkanlah aku dari menjadi sebegini.Berikanlah aku kekuatan untuk melawan nafsuku,lindungilah hambaMu yang lemah ini daripada tewas dengan godaan syaitan yang terkutuk.

Ya Allah,jika satu hari nanti aku jatuh cinta,jatuhkan cintaku pada seorang insan yang mencntaimu lebih dari kasihnya padaku,agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu
Ya Alllah,jika satu hari nanti aku jatuh hati,biarkanlah hati ini jatuh pada seorang insan yang hatinya bertaut padaMu,agar aku tidak kecundang dalam cinta nafsu
Ya Allah,jika satu hari nanti,bila aku telah temui insan itu,aku memohon padaMu agar aku tidak sesekali cuba untuk meraih cintanya melebihi daripada aku cuba meraih cintaMu
Kawan aku kata,nak couple ni senang.Haha.Cari je mana-mana perempuan yang kau rasa sesuai,try ayat sikit.Kalau dapat,dapat la.Kalau tak,cari je yang lain.Bunga bukan sekuntum.
Yes,I will not deny that.Bunga bukan sekuntum,tapi bunga yang belum disentuh sukar untuk ditemui.
Dunia adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah
Kesimpulannya,aku tahu di mana aku berdiri,walaupun shoutout aku kat SKYPE,OOVOO dengan YAHOO MESSENGER gempak semacam.Aku masih belum layak untuk mencintai.

16 comments:

(¯`·.¤º°•O(CiNta VS BeNci)O•º¤.·´¯) said...

i'allah yien akan ketemu cinta sejati bila yien dh sedia..
byk dugaan nye ble b'cnt ni yien...x sume indah...
akak ske prinsip yg yien pgg...
keep it on bebeh!

law said...

btol3..bgus la kalo ko berfikir bgitu..kalo manusia yg kt luar 2 leh fikir mcm ko..aku rse xdak la maksiat berlaku...=]

aZie 4eVa said...

yien,
akak suke entry nie.. hehe..

pesan akak, jgn letakkan cinta manusia d tmpt yg t'ats krn...

CINTAKAN BUNGA, BUNGA AKN LAYU,
CINTAKAN MANUSIA, MANUSIA AKN MATI,
CINTAKAN ALLAH.. ITULAH CINTA YG ABADI.. insyaAllah...

moga kamo b'temu dgn perempuan yg baek~~ amin..

Anonymous said...

jiwang siot~

Anonymous said...

yee..yien da mkin dwasa..
bravo2..huhu
=)

Anonymous said...

salam..aku teringin utk memberi komen dan diharap terima la yer sebab komen ni agak beremosi..hehe..Hmm,yien..cuba anda fikir sahabat..kami(pihak couple) bukan berfikir utk bersama just for 2 @ 3month like u said..maybe in some cases but not for people like me..Kami pun mencari calon utk mendidik anak-anak kami,cucu2x kami..mungkin ada sesetgh dari anda memandang serng kami disebabkn status 'couple' itu sendiri..tp cuba letakkan diri anda ditempat kami..anda akan faham..seperti apabila ak mengatakan.."Tuhan diutamakan",yien sendiri kata kelakar sebab dari pandangan ak ayat 2 kuar dari mulut seorng yg da "bercouple"..fikir-fikirkan lah..adakah hina kami yg status couple n mulia bg yg status single??..maaf sekiranya terkasar bahasa..

Seven said...

for last coment,bravo i say.
don't apologize for wat you said.
i'm ok?
aku kan kanak-kanak open minded.
tp ingin Yien tegaskan disini.
TIDAK PERNAH AKU MEMANDANG HINA MEREKA YANG BERCOUPLE DAN TIDAK PERNAH AKU MEMANDANG MULIA MEREKA YANG SINGLE.

Teja Evalea said...

erkk.. boley singgah..
juz tertarik dgn almt blog neh..
egt ade pic sharukan kew slman kan..
upenye yien khan,, hehe
nehi2.. mere mohabbat not available yet
huhu.. out of topic kew????

Anonymous said...

duit nk makan hari2 pn mintak parents n pinjam ptptn.... ad hati nk jage anak org... lek lu...

Anonymous said...

duit nk makan hari2 pn mintak parents n pinjam ptptn.... ad hati nk jage anak org... lek lu...

Anonymous said...

just opinion..
pucuk pangkalnya adalah hati..
kte bukan tuhan untuk menentukan apa yang baik dan apa yang buruk..adakala hukum duniawi byk yg dusta tp yg pasti hukuman Tuhan adalah yg hakiki dan pasti akn terjadi.mungkin dari luaran kita boleh kata benda2 salah,tapi adkh seseorang tu tahu apa yang tersirat dihatinya..hanya Allah je yg mengetahui..

milymir4e said...

weiii..
ak da jmpe blog ko...
yuhuu....

Tiara said...

nice post,,,

Atiqahtuty said...

wow nice blog!
he2 tetibe outta topic xpe kn?

aQielahuZihan said...

salam ziarah...
nice entry....teruskan istiqamah...
sesungguhnya,istiqamah dlm diri lagi sukar berbanding memulakannya..
but,totally depends pada diri sendiri..
keep writting...suka dengan prinsip akh...
semoga kita semua dapat jaga iman dan hati...

Seven said...

kepada bisikan hati..
trime ksih..
insyaAllah,sy akn trs istiqamah
dlm mengenali hati sy
akk saye slalu ckp yg saye pn xknl diri saye sndiri
akk saye lbh mengenali saye dr diri saye sendiri..
awk suke prinsip sy yg mane satu?
ahaha