Lama rasanya aku tidak menulis dengan ayat-ayatku sendiri di dalam blogku ini. Mungkin tiba saatnya aku kembali mengarang walau sekadar sepatah kata.
Benar setiap ujian itu datang daripada Allah bagi menguji keimanan hamba-hambaNya. Jika ujian-ujian ini diturunkan kepada mereka yang kurang pegangan agamanya, mereka akan segera menyerah kalah. Mungkin lebih teruk ialah berpaling dari agama atau murtad ataupun juga membunuh diri.
Aku terus memohon kepadaMu ya Allah,teguhkan keimananku kepadaMu. Biar apa ujian yang kau beri kepadaku, ku sangat-sangat memohon kepadaMu agar Kau memberikan aku ketenangan dalam hatiku ini. Aku sedar aku hanya sekadar hambaMu yang hina, yang banyak melakukan dosa padaMu. Namun lebih hinalah diriku tanpa cahaya hidayahMu untuk memanduku mendekatimu.
Dalam bulan ini sahaja begitu banyak dugaan yang mendatang. Kadang-kala terasa sangat sukar untuk aku membiarkannya berlalu walaupun ia tiada kaitan denganku secara langsung. Namun, jika itu yang telah Kau tetapkan untukku, aku pasti sesungguhnya itu yang terbaik untukku. Kuterima ketentuanMu itu walaupun aku tidak mengerti. Aku cuba menerima segalanya walau aku masih buntu mencari jawapannya.
Ya Allah,
KepadaMu aku sujud menyembah
KepadaMu aku memohon segalanya
Kumohon agar hati ini kembali tenang
Tenang ketika aku sujud kepadaMu dan membaca ayat-ayat kitabMu
Dan menyerahkan segalanya kepada ketentuanMu
2 comments:
“Jika Allah syg kpd seseorg, Dia akn berikn iman. Jika Allah syg lagi, Dia akn beri kekuatan utk mengamalkan agamaNya dgn sempurna, Dan jk Allah syg lg, Dia akn sushkn hambaNya dgn urusan dunianya, utk menguji sejauh mana pula cinta hamba itu kpdNya”
all the best yien dlm apa jua yg d'lakukan.. moga tros tabah. :)
Klu diperhatikn btol2, ujian sbnrnya adalah anugerahNya kpd kita utk trus utuh dn kuat utk mnjalani kehiudupan kita sbg khalifah. Yien kna ingt, ujian itu mrupakan tanda kasih Allah kpd hambanya. Tanpa ujian itu, yien mgkin xkan kenal siapa 'khaliq' kita yg sbnrnya. Pabila ujian menimpa kita, kita akan trus meminta prtolongan drNya utk kita brpaut. Lihatlah betapa Allah tidak prnah lupa kpd hambanya, cuma kdg2 kita ini yg lupa pdNya..MasyaAllah..Nauzubillah..Justeru, jdilah org yg bahagia mghadapi ujian Allah insyaAllah..
Post a Comment