Ku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua. Semoga Ramadhan yang telah berlalu tidak lupakan dan berdoa agar kita berjaya untuk mendapatkan tiket untuk memasuki Universiti Ramadhan 1432H, insyaAllah.
Ketika aku masih di sekolah rendah, sambutan aidilfitri adalah salah satu sambutan wajib diraikan. Kerana apa? Aku akan mendapat duit raya yang banyak. Hehe. But as time moves on, aku mula merasakan bahawa Aidilfitri hanyalah satu hari biasa. Dapat duit raya, makan lemang, ketupat, rendang dan berbagai-bagai jenis kuih raya. namun bila aku berada di matrikulasi, aku tidak lagi berasa teruja untuk menyambut Aidilfitri. Entah mengapa, tetapi memang aku tidak merasakan apa-apa. Sehinggakan aku dipanggil "Cina Celup memang macam tu." Hahaha. tetapi aku tidak menyalahkannya. Kerana hampir semua orang yang mengenaliku ketika di matrikulasi tahu perwatakanku.
Namun, kini aku mula melihatnya sebagai suatu hari yang semua ahli keluarga yang jarang bersua muka untuk bertemu. bayangkan sendiri di dalam iklan-iklan raya yang kita tontoni sepanjang minggu ini semuanya berkenaan orang pulang ke kampung untuk bertemu ibu bapa tercinta dan berjumpa sanak saudara. Malah ada juga telemovie yang menunjukkan pasangan suami isteri yang bergaduh apabila tiba hari raya untuk mengambil keputusan balik ke kampung sebelah suami atau si isteri. Macam mana la situasiku bila aku telah bekahwin nanti? Hahaha. Janganlah sampai Perang-Baling-Pinggan untuk balik kampung mana.
Namun bukanlah kisah utama yang ingin aku ceritakan. Aku ingin menceritakan bagaimanakah rasanya untuk tidak menyambut Aidilfitri ini bersama orang yang kita sayangi? Bagaimanakah rasanya apabila orang melaungkan takbir raya namun orang yang kita sayangi tiada disisi? Sesungguhnya aku masih bertuah kerana kedua ibu bapaku dan kedua adik berada di sisiku ketika berkumandangnya takbir. Namun, aku tidak tahu apakah akan akan ada lagi masa seperti ini? Apakah mereka akan berada disisiku atau aku disisi mereka? Seorang sahabatku ada menyatakan "Tak main la sedih-sedih malam raya ni. Tapi tak leh nak janji masa orang takbir esok. Masa tu la selalunya "empangan" tumpah." Dia menyatakan begitu kerana ayahanda tercintanya telah pun pergi meninggalkannya. Hanya dia bersama ibundanya.
Kumengharapkan agar aku dan keluargaku serta para sahabatku dan sesiapa sahaja yang aku kenali dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang dan meraikan kejayaannya pada Aidilfitri bersama orang yang tersayang, insyaAllah.
0 comments:
Post a Comment