Featured Article

Tuesday, November 9, 2010

Impian yang mungkin jadi,mungkin tak jadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blogku sekalian,

Baru lima hari yang lalu aku post entri terakhir, tetapi aku mendapat berita daripada seseorang yang aku ni macam update blog setahun sekali. Sebabnya, aku bukanlah banyak idea seperti insan lain untuk menulis. Idea menulis hanya datang kadang kala. Namun hari ini, satu idea baru untuk kukarangkan muncul setelah aku tidak puas "bergaduh" di ruang Yahoo Messenger. "TOLONG LA YIEN, YIEN TU DAH TUA BANGKA. JANGANLAH NAK PERASAN JADI KANAK-KANAK. GELI TELINGA DENGAR."

Aku TETAP kanak-kanak riang. PRESIDEN PERSATUAN KANAK-KANAK RIANG SEDUNIA. Mengapa? Sebab aku suka sangat pada kanak-kanak. Sebab kanak-kanak itu hatinya suci murni. Boleh membuatkan hati sesiapa sahaja terpikat dengan senyumannya, dengan lagak comelnya. (Yang tak rasa apa-apa tu patut mati je.) Kanak-kanak yang masih lagi belajar erti kehidupan, untuk menemui tujuan hidupnya. Walaupun usiaku pada saat ini ialah 20 tahun 10 bulan, namun kurasakan aku berhak untuk terus gembira seperti kanak-kanak berusia 10 tahun. Yang makan ice cream tak kira masa, yang main lumpur, yang mandi hujan. Apa lagi kanak-kanak selalu buat, aku masih lagi mampu merasai kegembiraannya yang mana kebanyakan orang "dewasa" katakan "Macam budak-budak la" atau "Tak remaja la".Itulah kurangnya sifat seorang dewasa. Mereka "bunuh" sifat kebudak-budakan mereka hanya kerana "Aku dah dewasa sekarang. Tak boleh buat semua tu lagi."

Namun, bukan itu yang ingin aku ceritakan dalam entri kali ini. Impian yang ingin aku capai (yang mungkin jadi,mungkin tak jadi ini) bukan lah impian aku untk mendirikan rumah tangga dengan mendapat isteri yang solehah secepat mungkin (itu memang impian, tetapi boleh tangguh lagi). Tetapi impian untuk menubuhkan sekolah sendiri. Seperti kisah "Epilog Syurga Cinta". Mungkin sesetengah menyatakan bahawa ia membazir sahaja, sebab banyak tempat yang macam itu. Namun, aku inginkan melihat anak-anak itu tersenyum gembira sentiasa. Tempat yang boleh mengajar mereka mengenal cinta dunia selepas cinta akhirat. Tempat yang bukan hanya untuk anak-anak yatim, namun untuk semua anak-anak yang berminat.

Tempat yang akan menjadi taman ilmu untuk melahirkan generasi ilmuan yang akan datang yang bukan hanya bijak dengan ilmu fardhu kifayah, tetapi juga dipenuhi hati mereka dengan ilmu akhirat. Aku tau ia sukar, namun tak salah kita mencuba bukan? Hati manusia memang sukar dijaga. Ia sering berbolak balik. Namun, ia boleh dididik untuk menjadi seketul daging yang baik. Walaupun kita pernah berada di jalan kegelapan, sesungguhnya kita boleh berubah untuk menuju cahaya kebenaran. Sesungguhnya Allah itu sentiasa bersama hamba-hambaNya.

Tempat itu akan kuberi nama " SEKOLAH SRIKANDI HIDAYAH". Mengapa? Rahsianya biarlah tersimpan dalam hatiku buat masa ini. Jika tertubuhnya sekolah itu, baru akanku ukirkankan alasan itu pada dinding sekolah itu.

Itulah impianku. Yang mungkin jadi, mungkin jua tak jadi. Kalau tak dapat bina sekolah macam tu pun tidak mengapa. Sebab biar aku jadikan "Sekolah Srikandi Hidayah" itu dalam jiwaku. Dan jika ditakdirkan Allah, dapatku bina sekolah itu dalam keluagaku sendiri satu hari nanti, insyaAllah (gatai...hahahaha)

Thursday, November 4, 2010

Janganlah terlalu berbangga dengan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas para pembaca blogku,

Begitu lama terasa aku tidak menulis. Ketandusan idea mungkin. Jadi kali ini aku kembali dengan kisah baru (tajuk blog pun "The New Beginning"). Kisah - kisah di bawah ini hanya sekadar rekaan semata -mata.


Kisah Pertama:

"Cantiknya baju kau.Baju baru ke?"

"Haah, baru je beli masa aku pergi UK minggu lepas. Harga RM 790(dengan nada riak)"

Ikhtibar: Janganlah terlalu berbangga dengan pakaian yang cantik dan mahal kita kerana pakaian terakhir kita nanti hanyalah baju putih iaitu kain kapan.


Kisah kedua:

"Pergh, stylo la kau. Kereta baru keluar tu."

"Mesti la. Bonus dari bos sebab dapat kontrak besar. Tu yang terus beli kereta Mercedes SLK ni. Mengidam."

Ikhtibar: Janganlah terlalu berbangga dengan kenderaan mewah kita kerana kenderaan yang terakhir kita naiki hanyalah van jenazah.


Kisah ketiga:

"Semasa program ini, semua fasilitator tidak akan disediakan tempat tidur. Jadi inilah yang akan menjadi tilam kamu (sambil menunjuk kepada lantai kelas yang sekadar berlapikan karpet)"

"Huh? Biar betul?Takkan aku nak tidur atas lantai? Tak sangka aku tinggalkan katil empuk aku semata-mata untuk tidur macam ni"

Ikhtibar: Janganlah terlalu berbangga dengan katil kita yang empuk dan selesa itu kerana tempat tidur kita yang terakhir ialah di liang lahad.


Kisah keempat:

"Maaflah ye? Rumah aku ni biase-biase je. Jemput masuk"

"Mak ai, panasnya rumah dia ni. Kipas pun tak rasa sangat. Rumah dia ni takat saiz bilik orang gaji aku je."

Ikhtibar: Janganlah terlalu berbangga dengan rumah kita yang besar 5 ekar, 14 tingkat itu kerana rumah terakhir kita ialah hanya 8 kaki (panjang), 4 kaki (lebar) dan 7 kaki (dalam).


Kisah kelima:

"Mama, kenalkan ini Suhaila. Yang selalu Angah ceritakan pada mama"

"(Sambil menyalam tangan wanita tersebut) Assalamualaikum mak cik."

"Apa? Mak cik kau panggil aku? Nama aku Datin Dr Syarifah OK?"

Ikhtibar: Janganlah terlalu berbangga dengan pangkat Dato/Datin/Tun/Tan Sri/Puan Sri yang ada itu sebab pangkat terakhir yang akan kita dapat ialah Al-Marhum.


Kisah keenam:

"Kau janganlah jeles yang aku lebih cantik daripada kau. Kau tu apa pun takde. Pakai pakaian macam ni takde market. Macam perempuan kampung. Kau tengok aku ni. Cantik, muka manis. Semua lelaki kat luar tu tergila-gila nak couple ngan aku"

Ikhtibar: Janganlah terlalu bangga dengan rupa paras yang cantik atau handsome yang telah Allah kurniakan itu kerana kecantikan atau kekacakan itu akan pudar dan menjadi tengkorak dalam kubur nanti.


Kisah-kisah di atas merupakan rekaan semata-mata. Ilham datang selepas membaca majalah Solusi.

Sumber: Majalah Solusi Isu 25 : Mujahadah Melawan Nafsu

Wednesday, October 20, 2010

Sukarnya mencari ketenganan jika berterusan diuji

Assalamualaikum

Lama rasanya aku tidak menulis dengan ayat-ayatku sendiri di dalam blogku ini. Mungkin tiba saatnya aku kembali mengarang walau sekadar sepatah kata.

Benar setiap ujian itu datang daripada Allah bagi menguji keimanan hamba-hambaNya. Jika ujian-ujian ini diturunkan kepada mereka yang kurang pegangan agamanya, mereka akan segera menyerah kalah. Mungkin lebih teruk ialah berpaling dari agama atau murtad ataupun juga membunuh diri.

Aku terus memohon kepadaMu ya Allah,teguhkan keimananku kepadaMu. Biar apa ujian yang kau beri kepadaku, ku sangat-sangat memohon kepadaMu agar Kau memberikan aku ketenangan dalam hatiku ini. Aku sedar aku hanya sekadar hambaMu yang hina, yang banyak melakukan dosa padaMu. Namun lebih hinalah diriku tanpa cahaya hidayahMu untuk memanduku mendekatimu.

Dalam bulan ini sahaja begitu banyak dugaan yang mendatang. Kadang-kala terasa sangat sukar untuk aku membiarkannya berlalu walaupun ia tiada kaitan denganku secara langsung. Namun, jika itu yang telah Kau tetapkan untukku, aku pasti sesungguhnya itu yang terbaik untukku. Kuterima ketentuanMu itu walaupun aku tidak mengerti. Aku cuba menerima segalanya walau aku masih buntu mencari jawapannya.

Ya Allah,
KepadaMu aku sujud menyembah
KepadaMu aku memohon segalanya
Kumohon agar hati ini kembali tenang
Tenang ketika aku sujud kepadaMu dan membaca ayat-ayat kitabMu
Dan menyerahkan segalanya kepada ketentuanMu
Powered by Blogger.

Popular Posts