Assalamualaikum...
Tajuk di atas adalah tentang cinta.Ini tajuk yang agak besar untuk aku tulis.Aku berharap agar apa yang aku bakal tulis jadi peringatan untuk diriku sendiri dan tidaklah menyinggung mana-mana pihak.Aku terfikir untuk menulis tentang post ini atas perbualanku dengan sahabatku beberapa minggu yang lalu."Dia dah couple dah.Kau bila plak?"
"Entah"
"Tak rasa tercabar ke?"
"Hahaha"
Sejujurnya aku tidak rasa apa-apa pun.Dan jawapanku untuk persoalannya mudah.Aku bukan mahu bercouple untuk suka-suka,seperti mana yang telah aku lihat orang di sekelilingku lakukan.Couple tak sampai 2 bulan,putus.Pastu,couple dengan orang baru.
Apakah erti cinta kalau ia begitu mudah ditukar ganti???
Aku ingin bercouple dengan orang yang akan aku jadikan isteriku,menantu untuk ibu bapaku,ibu untuk anak-anakku.Berpandangan jauh?Yes I am.This is crucial.It is about my future,my life.Aku bukanlah mencari yang sempurna,sebab tiada yang sempurna di dunia ini kecuali Allah.Aku cuma mencari seseorang yang istimewa di mataku.Seseorang yang akan buat aku tersenyum setiap kali aku melihatnya.Seseorang yang membimbingku tatkala aku terpesong.Aku juga insan biasa,insan yang kadang-kala terbabas di selekoh-selekoh kehidupan.
Apa erti orang bercouple sekarang ni?Apakah untuk merasa dikasihi dan mengasihi?Adakah untuk mencari tempat bermanja?Adakah untuk tempat memuaskan nafsu?Kini,ramai pasangan yang aku lihat ketika aku keluar ke bandar berpegangan tangan dan berpelukan tanpa segan silu.Aku pulak yang rasa segan sebab yang berbuat begitu bukan pasangan yang tua,tapi yang muda dan majoritinya pasangan remaja.Tapi kalau orang tua buat macam tu,pelik la plak rasanyer.Hahaha.
Dulu,masa sekolah menengah,cikgu aku ada cerita pasal benda ni.Masa mula-mula bercinta,semuanya indah.Calling setiap malam.Pastu,bila keluar,mula la berpegangan tangan.Masa kali pertama tangan bersentuhan,ketika itu rasa macam dah boleh terbang.Lama-lama rasa terbang dah hilang,mula la tangan untuk meronda lebih jauh.Dan akhirnya kecundang dalam gelora nafsu.Masa tu semua dah terlewat.Syaitan dah gelak macam aku gelak tengok Spontan.Huhu.
Aku ada terbaca dalam buku "Aku Terima Nikahnya " yang menulis tentang pegang tangan ni.
"Semua anak yang dilahirkan ini suci,ibarat kain putih.Setiap ibu bapa menjaganya dengan begitu baik sekali.Tetapi setiap kali kamu menyentuh tangannya,kamu telah mengotorkannya.Tidakkah kamu kasihankan ibunya yang bertarung nyawa melahirkannya sehingga kamu sesuka hati ingin mengotorkan anaknya?".Takut aku baca ayat tu.Teringat aku kat video kelahiran bayi yang aku tengok masa sekolah menengah dulu.Huhu.Dengar si ibu jerit je aku dah tutup telinga.Huhu.Sakitnya hanya seorang ibu je yang tau.
Aku memohon padaMu Ya Allah,jauhkanlah aku dari menjadi sebegini.Berikanlah aku kekuatan untuk melawan nafsuku,lindungilah hambaMu yang lemah ini daripada tewas dengan godaan syaitan yang terkutuk.
Ya Allah,jika satu hari nanti aku jatuh cinta,jatuhkan cintaku pada seorang insan yang mencntaimu lebih dari kasihnya padaku,agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu
Ya Alllah,jika satu hari nanti aku jatuh hati,biarkanlah hati ini jatuh pada seorang insan yang hatinya bertaut padaMu,agar aku tidak kecundang dalam cinta nafsu
Ya Allah,jika satu hari nanti,bila aku telah temui insan itu,aku memohon padaMu agar aku tidak sesekali cuba untuk meraih cintanya melebihi daripada aku cuba meraih cintaMu
Kawan aku kata,nak couple ni senang.Haha.Cari je mana-mana perempuan yang kau rasa sesuai,try ayat sikit.Kalau dapat,dapat la.Kalau tak,cari je yang lain.Bunga bukan sekuntum.
Yes,I will not deny that.Bunga bukan sekuntum,tapi bunga yang belum disentuh sukar untuk ditemui.
Dunia adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah
Kesimpulannya,aku tahu di mana aku berdiri,walaupun shoutout aku kat SKYPE,OOVOO dengan YAHOO MESSENGER gempak semacam.Aku masih belum layak untuk mencintai.