Featured Article
Latest Post

Monday, August 27, 2012

3 Bulan 27 Hari


Assalamualaikum to all readers

I know, I know. It had been months since my last post. It may felt like ages for some (for those who often read my post) and it may felt like nothing (for those who did not bother). But honestly for myself, it just felt like a split seconds. But anyway, I just want to apologize. It had been busy (ok fine, I lied. I just do not have the idea to spread the words).

But Alhamdulillah, since it has been a lot of things that happened for the past 3 months and 27 days, I have a few things that I can write, I think?? In my previous post I already wrote about my internship at Propel Network Sdn. Bhd. It ended on 27th of July. Though I was offered to continue, I took the decision of saying “NO”. Some questions my decision but I believe my reasons are not for all to know. Ok, moving on.

Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya” (apehal tiba-tiba mode bahasa pulak ni?). Tapi itulah yang terjadi, beberapa bulan yang lalu. Hanya beberapa orang sahaja yang tahu, the rest…no point of telling. Terlalu pedas ayatku hingga terasa hatinya. Some say it was his fault but I still believe it’s mine. I did apologize but I guess sometimes, it just meant nothing. (Since when my apology did matter to anyone kan? Haha). I do wonder, when others said harsh things to them, it seems fine. But when it was me, why does it felt like the world is against me? Discrimination perhaps? OK, next.

This year Ramadhan and Syawal had been awesome. For the first time in my life, I managed to khatam my Quran on 22nd of Ramadhan (but my friend managed to do so on 15th. Envy her.) As for Syawal, nothing much differ from the Raya’s before. On the day of 1st Syawal, we gathered as one big happy family, visited some relatives in Perak, attending open houses. The same agendas each Raya. Hehe.

Tetapi benda yang paling istimewa yang berlaku pada Aidilfitri kali ini ialah berlangsungnya perkahwinan anntara dua orang ahli keluarga MPP 09/10 antara Amirul-Naqib dan Nurul Nadia (kembali ke penggunaan bahasa ibunda). Percintaan semenjak zaman pentadbiran MPP yang berputik, akhirnya menjejak ke pelamin juga. Syukur diucapkan kehadrat Ilahi menyatukan dua hati mereka. Moga perkahwinan kekal hingga ke syurga. MPP yang lain pun secara tiba-tiba bersemangat untuk mengikut jejak langkah mereka berdua. (Mine is still too far, so don’t bother to ask.)

Actually there are more things that happened during these months. It is just that I AM LAZY to write them all up. And some are only for a handful of people. Until next time, assalamualaikum.

Monday, April 30, 2012

Solat itu tiang agama


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk terus merasai kenikmatan hidup. Telah begitu lama aku tinggalkan blog ini. 2 bulan. (Sampai ditegur oleh akakku.Hehe. Sorry kak.)
Alhamdulillah, kini aku kembali mencoretkan isi hati di sini. Kali ini terdetik untuk menulis berkenaan pengabaikan solat. Seperti yang diketahui kebanyakan orang, Champions League telah bermula. Kini dua pasukan telah layak ke final: Chelsea dan Bayern Munich. Persembahan yang menarik daripada kedua-dua pasukan untuk menjejakkan kaki ke pentas final yang akan diadakan di rumah Bayern sendiri, Alianze Arena.

Minggu lepas, pasti ada penonton yang bangun seawal 3 pagi atau tak tidur langsung semata-mata ingin menonton semi-final Barcelona  VS Chelsea dan Bayern Munich VS Real Madrid. Aku yang lena diulit mimpi kadang kala terjaga mendengar jeritan sorakan mereka apabila pasukan yang diminati menjaringkan gol (rumah dekat dengan kedai mamak). Terpacak depan TV dari pukul 3 pagi sampai 5 pagi. Lepas match, rasa mengantuk. Tidur balik. Terbabas subuh. Been there, done that.
Itu baru satu waktu. Macam mana pula dengan hujung minggu yang penuh dengan perlawanan? Kadang-kadang seawal pukul 7.30 malam? Terlepas juga waktu Maghrib dan Isyak? Nau’zubillah. Inilah masalah yang tidak pernah berakhir. Pengabaian solat. Solat dipandang enteng bagi sesetengah insan yang beragama ISLAM.

“Ala, waktu panjang lagi. Nanti la aku solat..”
“Macam la tak boleh qada’ sat lagi..”
“Satu solat je. Ada lagi 4 waktu..”
“Aku busy la..takde masa nak berhenti solat”


“Aku dah lama tak solat…”

Inilah masalah utama yang menjadi sebab mengapa kehancuran umat ISLAM hari ini. Solat dipandang mudah, tiada nilai. Itu sebab mengapa ramai yang tidak melaksanakannya.
Bangun seawal 7.30 pagi, bersiap dalam 15 minit, dan terus keluar rumah menuju tempat kerja. 8.15 pagi dah terpacak depan pintu pejabat. Tetapi terlepas solat subuh..
ALASAN: TAK NAK DATANG LEWAT. NANTI BOS MARAH. KENA POTONG GAJI…

Alangkah ruginya bagi mereka yang meringan-ringankan isu solat. Moga Allah memberikan hidayah kepada mereka, kembali sedar daripada kealpaan mereka. Solat itu tiang agama. Andai kamu tidak solat, kamulah antara penyebab mengapa ISLAM itu runtuh.

Thursday, March 1, 2012

It is a CHOICE


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Ketika kita bertemu dengan orang yang tepat untuk dicintai,
ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat
itulah kesempatan.


Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertawan,
itu bukan pilihan
itu kesempatan
bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah satu pilihan
itu pun adalah kesempatan.


Apabila kita memutuskan untuk mencintai seseorang itu,
dengan segala kekurangannya,
itu bukan kesempatan, itulah PILIHAN.


Ketika kita memilih untuk terus bersama dengan seseorang walaupun apa yang terjadi,
itu adalah PILIHAN.
PILIHAN yang harus kita lakukan.


Bahkan ketika kita menyedari bahawa masih ramai lagi di luar sana
yang lebih cantik, lebih menarik, lebih kaya daripada si dia pilihan kita,
namun hati kita tetap memilih untuk terus menyintainya
itulah PILIHAN
Sayang, suka, tertarik
datang sebagai kesempatan kepada kita
tetapi cinta yang sejati adalah pilihan
PILIHAN yang kita lakukan.


Untuk melakukan pilihan apa yang hatimu inginkan
melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, ataupun tidak
kita mungkin bertemu dengannya dalam takdir yang tidak disangka
tetapi untuk terus mencintai dan tetap bersama dengannya,
itulah pilihan kamu.


Kita ada di dunia bukanlah untuk mencari
si dia yang sempurna untuk dicintai
tetapi untuk membuka hati untuk belajar
mencintai seseorang yang tidak sempurna
dengan CARA YANG SEMPURNA.



kredit: http://akuislam.com/blog/renungan/belajar-mencintai-seseorang-yang-tidak-sempurna-dengan-cara-yang-sempurna/#ixzz1nmxreCmz

PS: Artikel yang di copy & paste & edit ini adalah untuk menjawab beberapa soalan dan juga sebagai doa kepada sahabat yang akan “mendirikan masjid”.

Powered by Blogger.

Popular Posts